Manusia yang hidup untuk semalam
Kehidupan mereka hanya berkisar tentang kisah silam. Hidup mereka sentiasa dihantui oleh peristawa yang telah berlaku dan mereka sentiasa hidup dalam kenangan yang x pernah ada penghujungnya. Biasanya kenagan pahit mereka menghantui diri sehingga mereka tidak pernah memberi peluang kepada diri sendiri untuk meneroka hidup baru. Mereka biasanya hidup dengan penuh kekecewaan.
Manusia yang hidup hanya untuk hari ini
Ramai antara kita hidup dalam kedaan ini terutama golongan remaja. Mereka tidak pernah memperdulikan apa yang akan berlaku esok. Mereka bahagia dengan kehidupan mereka hari ini tanpa memikirkan bagaimana untuk menumpuh hari esok. Tersemat harapan dalam pemikiran mereka bahawa esok adalah seindah hari ini. Mereka terlalu taksub dengan 'keadaan selesa' kehidupan sehingga terlupa untuk melangkah maju untuk hari esok.
Manusia yang hidup untuk hari esok
Mereka ini adalah orang yang berjaya dalam segala bidang yang mereka ceburi. Amat sedikit bilangannya. Hidup mereka sentiasa dipenuhi dengan impian dan cita-cita. Setiap hari mereka sentiasa sibuk memikirkan cara untuk merelisasikan impian dan cita-cita yang terlah tersemat. Mereka tidak pernah pedulikan tentang kegagalan kerana yang mereka tahu hanyalah kejayaan.
Dimana kita? Fikir-fikirkanlah......
No comments:
Post a Comment