Tuesday, February 20, 2007

Nasihat untuk diri 2


Wahai hati,
usah ditanya kenapa tetapi carilah jawapan bagaimana
usah dikenang perkara lepas tetapi fikirlah kegunaannya untuk masa depan.
ketahuilah bahawa kejayaan adalah usaha dan usaha adalah kejayaan.
kegagalan itu pengajaran bukan penghabisan.

Wahai diri,
anganlah setinggi awan, impikanlah menggapai bulan dan berusahalah memetik bintang.
jadilah insan yang merendah diri tetapi jangan sesekali rendah diri
tidak salah tinggi diri tetapi jangan sesekali meninggi diri.
jadilah yang terbaik untuk menawan yang terbaik.
usaha hari ini mungkin tidak berguna untuk esok tetapi ketahuilah setiap usaha itu ada ganjarannya.
jika kegagalan hari ini membuahkan rasa kecewa, usahlah ratapinya.
ingatlah, kegagalan itu satu usaha ke arah kejayaan.

Bersabarlah, besabarlah dan bersabarlah
kehidupan dunia penuh cabaran.
jalannya penuh liku dan berduri.
jangan takut untuk tertusuk duri, sakitnya sementara sahaja.
kuatkan diri, tetapkan hati. Insyallah kejayaan itu pasti.....

No comments: