Bayangkan, sebiji bola getah di tangan kanan dan sebiji bola besi di tangan kiri. Kedua-duanya di hempas ke lantai simen yang licin. Apa yang terjadi? Bola getah itu akan melantun manakala bola besi akan tetap di lantai dengan rekahan pada lantai simen.
Begitulah diibaratkan dengan sifat diri kita. Cuba kita bertanya pada diri sendiri kita ini bola getah yang akan melantun kembali apabila jatuh atau bola besi yg tidak akan melantun malah merosakan lantai. Bola getah boleh diibaratkan sifat yg x kenal putus asa kerana bersedia untuk bangkit setelah jatuh dan bangkit untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Bola besi pula diibaratkan sifat yg mudah putus asa setelah gagal dalam usaha mencapai impian.
Jadi, cuba kita tanya diri sendiri apakah kita? Bola besi atau bola getah.
No comments:
Post a Comment