Monday, November 06, 2006

Kehidupan seorang pelajar

X sangka sekejap sangat masa berlalu. Kalo dulu duk menghitung hari nk akhirkan kehidupan sebagai seorang pelajar kt KUTKM, mase tue ade lagi 2 minggu sebelum segalanya berakhir. tiada lg kelas, lab, quiz lab test, exam dan jawapan kepada pertanyaan 'ko x abis lg, apsal ek?'.

Dalam mase dah menghitung hari nak abis nie, rase cam akan kehilangan sesuatu je. Yela lepas nie tiada lg zaman belajar. Kegiatan harian akan bertukar. Zaman yg dialami sejak berumur 6 tahun akan berakhir pada usia 23 tahun satu jangkamasa yg lame tue. Bagaimana nasib kehidupan selepas ini masih belum tentu. Banyak rancangan tp entahla. Yang penting habiskan study dulu. Itulah nasihat dari seseorang yg sangat istimewa.

Projek yg sedang duk develop nie pon terpakse dihentikan sementara memandangkan exam semakin hampir. Biarlah result yg last nie terbaik antara semua result yg pernah dapat sepanjang ddk kt KUTKM nie. Insyallah....

No comments: