Cita-cita
Boleh dikatakan cita2 adalah angan-angan yg boleh jd kosong atau berisi. Kosong kerana ia hanya khayalan sebelum tidur dan berisi jika disertai dengan usaha untuk mencapainya. Ia banyak dipengaruhi oleh kehendak seseorang. Contohnya, kebanyakan kanak2 ingin menjadi doktor, tentera, polis dan sebagainya ketika masih kecil walaupun mereka sebenarnya tidak tahu. Mereka ingin menjadi doktor kerana melihat doktor boleh rawat orang sakit, tentera kerana boleh memegang senjata seperti di dalam cerita TV, dan polis kerana boleh tangkap org jahat juga seperti yg mereka lihat dalam TV.
Persoalanya adakah cita2 mereka akan kekal sehingga mereka dewasa dan adakah mereka berjaya mencapainya. Paling penting sekali adakah mereka berusaha ke arah mencapainya. Mungkin dari 100 org, hanya seorang yg berjaya. Kenapa ini berlaku? Seperti yang dinyatakan tadi, ia hanya angan-angan sahaja.
Sebenarnya tidak salah mempunyai angan-angan. Tidak terbina sebuah mahligai indah seperti Taj Mahal tanpa angan-angan. Angan-angan adalah langkan pertama untuk sebuah kejayaan. Selain dari itu, angan-angan yg disertakan dengan usaha boleh dijadikan target atau sasaran dalam hidup. Jadi mempunyai angan-angan itu tidak salah.
Menyentuh soal target atau sasaran dalam hidup, terdapat beberapa saranan bagaimana menetapkan sasaran hidup kita. Pertama Sasaran jangka panjang; sesuatu yg ingin dicapai dalam masa 10 tahun akan datang. Contohnya, ingin membuka perniagaan sendiri, berkahwin, menunaikan haji dan sebagainya. Tidak salah jika kita sasarkan sesuatu yg mungkin kita tidak mampu capai pada masa sekarang kerana kita perlu berusaha sikit demi sedikit untuk mencapainya.
Kedua, sasaran jangka sederhana; sesuatu yg ingin dicapai dalam tempoh masa satu hingga dua tahun akan datang. Contohnya, jika hari ini kita terpaksa menaiki bas untuk ke tempat kerja dan ingin mempunya kenderaan sendiri suatu hari nanti. Itulah yg dinamakan sasaran jangka sederhana.
Akhir sekali, sasaran jangka pendek; sesuatu yg ingin dicapai dalam masa kurang dari setahun. Contohnya, seorang graduan yang masih belum mempunyai kerjaya mencari kerja yg sesuai dengan pendidikannya.
Kesimpulannya, angan-angan adalah cita-cita dalam dua konteks yg berbeza. Jadi tidak salah untuk mempunyai cita-cita yg tinggi asalkan kita berusaha untuk mencapainya.
No comments:
Post a Comment