Adakah cinta perlukan sebab? Kekayaan, kecantikan dan kegembiraan bukanlah sebab utama menyintai seseorang. Jika cintakan seseorang kerana kekayaan, adakah cinta masih wujud jika kekayaan telah tiada? Sekiranya kecantikan adalah punca menyintai seseorang, adakah ianya akan terus wujud jika kecantikan itu lenyap? Kegembiraan mmg diharapkan oleh semua orang begitu juga dalam percintaan tetapi biasanya kesedihan akan menyusuri sebuah kegembiraan. Jika cintakan seserang kerana dia dapat membuat kita gembira, adakah cinta itu masih wujud di kala dia dalam kesedihan dan tidak mampu mengembirakan kita? Tanyalah diri.............
-------------------------------------------------------------------------------------------
Alkisah disuatu pulau kecil, tinggallah benda
abstrak. Ada Cinta, Kekayaan, Kecantikan,
Kegembiraan, Kesedihan dan sebagainya. Pada
awalnya mereka hidup bersama dengan aman dan
saling memerlukan. Namun pada suatu hari, badai
datang menghempas pulau kecil itu tiba-tiba
bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat
besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua
penghuni di pulau itu segera berusaha
menyelamatkan diri.
Cinta sangat bimbang kerana ia tidak memiliki
perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta
bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi
kaki Cinta. tidak lama kemudian kelihatan Kekayaan
sedang mengayuh perahu.
"Kekayaan! Kekayaan! Tolonglah aku!" teriak Cinta.
dengan segera Kekayaan pun menjawab, "Ohh! maafkan
aku Cinta", kata kekayaan. "Perahuku telah penuh
dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu
Bersama, nanti perahu aku tenggelam. Lagipun tak
ada ruang untuk kau di perahuku ini."
Cinta amat sedih sekali, namun kemudiannya dia
melihat Kegembiraan melintasi di depannya dengan
sebuah perahu.
" Kegembiraan! TOLONGLAH aku!" TERIAK CINTA. Oleh
kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana dia
telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak
mendengari teriakan Cinta. Air semakin meninggi
membasahi Cinta sampai ke paras pinggang dan Cinta
semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah
Kecantikan di depannya.
"Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!"teriak Cinta
"Wah, Cinta kamu sudah basah dan kotor. Aku tak
boleh membawamu bersama. Nanti kau akan
mengotorkan perahuku yang indah ini." sahut
Kecantikan. Cinta amat sedih mendengarnya. Cinta
mula menangis teresak-esak.
"Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak
memperdulikan aku?" rintihannya sayu.
Ketika Cinta sedang menangis, lalulah pula
kesedihan dengan perahunya.
"Ohh, kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata cinta
"Maaf, Cinta. Aku sedang bersedih dan aku ingin
bersendirian..." kata Kesedihan sambil terus
mendayung perahunya. Cinta sudah mula putus asa.
Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta
terus berharap agar dirinya akan diselamatkan
orang. Dia berdoa kepada Tuhan. "Oh Tuhan
tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa
aku, tanpa cinta?"
Pada saat yang kriktikal itu, tiba-tiba terdengar
suara memanggilnya,"Cinta! Mari cepat naik ke
perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan
melihat seorang tua berjanggut panjang memutih
sedang mendayung perahunya. Cinta pun naik ke
perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran,
orang tua itu menurunkan Cinta dan segera
meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru
Cinta sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah
gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah
menyelamatkannya itu. Cinta segera bertanya kepada
seorang penduduk tua di pulau itu, siapa
sebenarnya orang itu.
"Oh, orang tua tadi? Dia ialah Waktu!" kata orang itu.
cinta pun bertanya lagi." tapi mengapakah dia
menyelamatkan aku. Aku tak kenal dia. Sedangkan
kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu
menolongku," Tanya Cinta kehairanan.
"Sebab, hanya waktulah yang tahu betapa
berharganya Cinta itu..." kata orang itu. setelah
itu fahamlah cinta akan kepentingannya di dunia ini.
MORAL : ADAKAH CINTA PERLUKAN KEKAYAAN,
KECANTIKAN, KESEDIHAN DAN KEGEMBIRAAN????
No comments:
Post a Comment