Namun jangan kau utuskan lagi kata cinta kalau cinta itu belum lagi kau bersedia melayarinya kerana orang yang tidak serius dalam bercinta akan melukakan hati orang lain.
Banyak cerita2 luka yang kita dengar dan kita baca kenapa mesti merasa terluka.. namun aku pernah mendengar ada orang berkata.. seseorang yang meninggalkan kita akan digantikan dengan seseorang yang lebih baik lagi.. supaya kita memahami bahawa hidup ini adalah satu putaran yang tidak pernah berhenti.
Jangan kita berputus asa dengan satu cinta. Jangan membutakan hati kita cuma kerana satu cinta kita terputus di tengah jalan...... tetapi ada juga yang berkali kali bercinta tetapi tetap juga tidak dapat cinta yang dicari barangkali kerana terlalu banyak permintaan atau memangnya tidak ada kesesuaian.
Jangan utuskan kata cinta andai engkau belum memahami apa itu hakikat cinta sebenarnya. Kerana cinta adalah kepalsuan perasaan yang sesementara untuk orang2 yang biasa menjual kata cinta.
Menyatakan kata cinta merupakan suatu janji yang perlu ditunaikan sebaik sahaja dilafazkan. Jgnlah dilafazkan jika masih belum mampu menunaikannya....
-------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment