- Sesuatu yang kita hajatkan atau impikankan. Biasanya sesuatu yang indah
- Sesuatu yang kadangkala mustahil untuk kita capai
- Hanya satu keperluan untuk sebuah kepuasan yang bersifat sementara
- Kadangkala berakhir dengan sebuah kekecewaan jika impian hanya dihati tanpa dizahirkan dengan usaha
- Bagi orang yang berdaya maju, kehendak adalah sesuatu target yang perlu dicapai dengan usaha yg tidak mengenal erti kegagalan.
- Sesuatu yang kita perlukan untuk meneruskan kehidupan
- Kadangkala ia dibenci kerana berlawanan dengan kehendak
- Boleh jadi sesuatu yang diluar jangkaan
- Merupakan anugerah kurniaan Allah kepada hambaNya
- Jarang dihargai sehingga ianya hilang dari hidup kita.
Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebenarnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang terbaik dariNya.
Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha mengejar sebuah impian. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga dipanggil pengalaman...
- bila hati menulis -
No comments:
Post a Comment