Wednesday, August 23, 2006

Hopefully its me.......

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu
menghabiskan masanya di perpustakaan pada
waktu lapang. Dia amat suka membaca novel &
buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat
seorang gadis di salah satu muka suratnya.
Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan
sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus
surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah,
jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat
ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari
kemudian si jejaka mendapat balasan daripada
gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan
dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu
bertukar
bulan. Persahabatan mula bertukar kepada
perasaan sayang. Namun
begitu masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga
dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih
belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan
sayang tetap berbuku di hati.


Sehingga....
suatu hari jejaka dipilih untuk mengikuti bala
tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka
amat
susah
hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan
mungkin bertemu dengan
si
gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau
Tuhan panjangkan jodoh
kita,
dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah
di stesen keretapi di
bandar
kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti.
Aku akan memakai pakaian
tenteraku dan membawa sekuntum mawar
berwarna merah. Aku akan
mengenali
kamu
sekiranya kamu juga memegang bunga mawar
merah. Setelah itu izikan lah aku membawa mu
makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah
mengutuskan surat
itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka
pergi ke stesen keretapi
di bandar tempat si gadis tinggal sambil
memegang bunga di tangan.
Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu
sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang
agak berisi dan
duduk di kerusi iling. Kakinya kudung dan
tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya
memegang sekuntum bunga mawar berwarna
merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia
memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum.
Si jejaka terus
menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan
berkata

"aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan
pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku
tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil
kemudian mencium tangannya.

Si gadis itu terus bersuara..
"aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang
gadis cantik
memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia
menyuruhku
memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu
kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan bertemu orang
tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka
ini? Dia melihat
kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah
mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada
perasaannya ... dia menjangkakan gadis cacat itu
adalah Catrina...

Sesungguhnya semua manusia harus berfikir
seperti dia...

1 comment:

ayong afzan said...

Nice story!!!Berapa ramaikan lelaki yang sebegitu?? =)