Apa yg kita miliki sebenarnya bukan milik kita....
---------------------------
Di kala anda berada di pertengahan jalan, tiba – tiba kedengaran siren ambulans. Memberitahu semua pengguna tentang kecemasan yang berlaku. Begitu juga dengan lampu kecemasan di hospital – hospital mahupun di asrama, sebagai petanda bahawa ketiadaaan bekalan elektrik. Sekiranya loceng kecemasan di pejabat atau sekolah berbunyi, menyedarkan kita akan kebakaran yang berlaku.
Begitulah kehidupan manusia yang sering kali dikejutkan dan disedarkan oleh pelbagai makhluk. Seringkali kita alpa dan lalai, lalu Dia menepuk perlahan bahu kita. Namun, kita tidak sedar dan terus dihanyut dengan mimpi yang indah. Bila dikurniakan nikmat yang melimpah ruah, kita secara beransur – ansur mulai leka. Kita menganggap itu adalah hak mutlak kita seorang. Namun, kita lupa semuanya adalah kepunyaan Nya.
Disebutkan satu kisah di sini sebagai renungan kita bersama. Sepasang suami isteri tinggal di sebuah kampung. Si suami menanam buah – buahan di kebunnya. Dengan izin Nya, dikurniakan rezeki yang lebih. Pokok yang ditanam menghasilkan buah yang melimpah – limpah. Ada antara budak – budak nakal di kampung yang mnegambil peluang untuk mencuri buah – bauhan tersebut. Adakalanya buahan tersebut menjadi hidangan kepada burung – burung yang hinggap di situ. Si isteri mengadu pada suaminya. Namun, si suami hanya tersenyum dan redha dengan apa yang berlaku. Berkat daripada sikapnya, pokok buah – buahannya tidak pernah lekang dari memberikan hasil. Pada fikirannya, sekiranya buahan itu dimakan oleh budak nakal dan burung – burung itu merupakan rezeki mereka. Dari cerita ini, dapat disimpulakan bahawa rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk kita seorang sahaja tetapi juga untuk dikongsi dengan orang lain.
Tapi tidak semua orang yang diuji dengan kesenangan. Kadang – kadang kita diuji dengan kesukaran dan kesusahan. Bila Dia cuba menyedarkan kita secara lembut tidak memberikan kesan, kita ditepuk dengan agak kuat sedikit. Iaitu yang dipanggil sebagai musibah atau bala. Bala yang datang adalah terbahagi kepada dua. Samada ujian atau musibah. Sekiranya ujian, maka hendaklah kita berdoa memohon kepadaNya. Tapi, seandainya bala yang datang adalah musibah, maka hendaklah kita muhasabah kembali diri sendiri dan masyarakat sekitar. Perlulah kita sama – sama untuk mengubah keburukan yang ada masyarakat itu. Ada juga antara kita yang berterusan menolak kebenaran. Akibatnya, menimbulkan jurang yang besar dalam hubungan Khalid dan hamba.
Begitulah realiti yang berlaku pada hari ini. Terdapat banyak bencana yang diturunkan oleh Allah untuk menyedarkan kita dari terus leka dengan sandiwara dan lakonan dunia. Teliti kembali adakah kita seringkali melupakannya dari keghairahan mengejar kekayaan dunia. Apa sekalipun, peluang yang datang hanya sekali. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba Nya. Masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan. Moga kita sama – sama mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment