Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Friday, February 08, 2008

Soul Mate


JODOH - Dr Fazilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan
yang menanti dan biasanya IA berada
tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh
darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan kita
wajib berusaha. Doa, usaha yang betul
dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan menemukan anda
dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat. Teruskan
usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan
sempurna agar diri anda jadi seperti
'magnet' yang menarik bakal pasangan
anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di
hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati
dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda
dan anda akan menarik sayang terhadap
anda. Jika anda membenci orang, ditakuti
bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan
harus sentiasa bersedia untuk bertemu
dengan pasangannya pada bila-bila masa.
Justeru, kita perlu sentiasa dalam
keadaan yang paling menarik setiap masa.
Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan
bentuk badan menjadi tarikan pertama.
Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk
menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang
kepada mereka yang sentiasa bersedia
untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun
ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan
dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui
fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan
patah hati sebab lewat menyatakan hasrat
kepada bakal pasangan. Perkara yang baik
disegerakan (iaitu menyatakan perasaan
anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk berkenalan. Orang
lelaki akan sentiasa merasakan mereka
yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan
bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap
sambil lewa atau kurang sopan terhadap
bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat
dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi
tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra
seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman
dengan segera agar bakal pasangan rasa
selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal
peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan
hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita
pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang
lain. Buang perangai yang menyebabkan
orang benci kepada Kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang.
Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
tidak tertarik kepada kita. Justeru
buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal
terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang
anda amat sukar untuk berkenalan dengan
lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik
kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan
redha dengan setiap pemberian lelaki
tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik
kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada
mereka. Justeru, orang lelaki janganlah
terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal
kerenah orang perempuan. Perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan
dan kebenciannya

------------------------------------------
"di manakah tulang rusukku...."

wallahualam..

Sunday, February 03, 2008

Kawan...........


Pertama,

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalahhiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu...dan meminta maaf darimu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

----------------------------------------------------------------
Adalah penting dalam memilih sahabat yang baik lagi ikhlas, jujur dan sentiasa memahami diantara satu dengan yang lain walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Dengan adanya rakan atau sahabat yang baik ini sesatu Persatuan ataupun Kumpulan (persahabatan) ini dapat di kekalkan dan akan menjadi yang terkuat dan teragung dalam melaksanakan satu tanggungjawab dalam segala segi Perbuatan dan Amalan.

wallahualam..

Tuesday, October 30, 2007

Sekadar renungan...

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
(al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Friday, May 25, 2007

Kecantikan tanpa biaya

Ada orang kata, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Sukar untuk menentukan ukuran baginya. Setiap kita sentiasa mengidamkan sesuatu yang cantik. Bagi kebanyakan orang, kecantikan sekadar hanya luaran. Ingatlah kecantikan sebenar adalah dalaman. Jika dalaman kita cantik, insyallah luaran juga sedap mata memandang. Jika dirasakan diri kita cantik dan menarik, beringatlah kerana ia satu ujian dariNya. Jika dirasakan diri tidak menarik, bersyukurlah kerana sudah terlepas dari satu ujian yang ramai kecundang. Perkara paling penting adalah bersyukur dengan apa yang ada. Ingatlah, manusia itu dicipta sebaik-baik kejadian. Wallahualam....

Sekadar renungan dari www.raudhah.com

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai ramai.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Qur’an dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyu’kan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan peng‘ibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhoan-NYA.Wa akhiran..

9) Hembuskanlah nafas ta’abud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang mahupun kegelisahan dalam kehidupan

Thursday, May 10, 2007

FAKTOR-FAKTOR PENGUAT KESABARAN


MENGETAHUI WATAK KEHIDUPAN DUNIA


Dunia bukanlah surga tempat kenikmatan, juga bukan
tempat keabadian. Ia hanya cobaan dan pembebanan
(taklif). Manusia yang diciptakan didalamnya untuk
diuji guna mempersiapkan kehidupan abadi di akhirat.
Siapa yang telah mengetahui watak dunia seperti itu
maka ia tidak akan dikejutkan oleh "malapetaka".
Tetapi orang2 yang memandang kehidupan dunia sebagai
jalan penuh ditaburi bunga dan aroma, maka apabila ia
tergelincir sedikit saja akan dirasakannya sangat
berat dan sulit karena sebelumnya tidak pernah
membayangkannya.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada
dalam susah payah" Al Balad:4

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka
sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar)
mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan
kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia
(agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah
membezkan orang-orang yang beriman (dengan
orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya
(gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai
orang-orang yang zalim,"
Ali Imron:140

Selain itu diisyaratkan bahwa watak kehidupan dunia
itu tidak konstan dalam satu keadaan, hari ini membawa
kebaikan dan esok hari membawa kesengsaraan.

Ali Bin Abi Thalib ra ditanya tentang dunia, kemudian
menjawab" Apa yang dapat aku katakan tentang dunia
yang awalnya adalah tangis, tengahnya kesengsaraan,
dan ujungnya adalah ketidakabadian?"


MENGETAHUI MANUSIA ITU SENDIRI

Artinya, manusia hendaknya mengetahui bahwa ia adalah
milik Allah sepenuhnya. Allah lah yang menciptakannya
dari tiada, kemudian memberikannya kehidupan,
perasaan, gerak, pendengaran, pengelihatan, dan hati,
dan akhirnya melimpahkan kepadanya nikmat zhahir dan
batin.

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari
Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh
kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta
pertolongan."
An Nahl 53

Labib, seorang penyair klasik berkata, "Harta dan
keluarga hanya titipan, pada suatu hari titipan itu
pasti akan diminta kembali".

Oleh karena itu Al Qur'an mengajarkan kepada orang2
sabar yang telah dicatat sebagai kaum yang mendapatkan
busyro (kabar gembira), shalawat (do'a, hidayah dan
rahmah) agar apabila mendapat musibah mengucap " Inna
lillahi wa inna ilaihi roji'un" kita berasal dari
Allah, dan kepadaNya lah kita kembali.


YAKIN AKAN BALASAN BAIK DI SISI ALLAH

Tiada terdapat di dalam Al-Qur'an suatu yang pahalanya
lebih besar selain dari pada sabar.

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan
mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga,
yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal
di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi
orang-orang yang beramal,"
" (yaitu) yang bersabar dan bertawakkal kepada
Tuhannya"
Al Ankabut 58-59

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman.
bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat
baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah
itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang
bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa
batas."
Az Zumar 10

Dikisahkan seorang wanita sholihah pada waktu
penaklukan kota Al-Mushily

ditemukan dalam keadaan terputus ujung jarinya dan ini
sangat menyakitkan tentunya, Tetapi dia memuji Allah
dan tersenyum. "Sesungguhnya kenikmatan pahalanya
telah menghilangkan kepedihannya dari hatiku".

Sesungguhnya keyakinan seseorang akan baiknya balasan
dan besarnya pahala di sisi Allah, atas bala yang
menimpa dapat meringankan kepedihannya pada jiwa dan
mengurangi pengaruhnya pada hati.
Do'a Nabi Saw
" Ya Allah, bagikan kepada kami rasa takut kepadaMu
yang dapat menghalangi kami untuk berbuat maksiat
kepadaMu, yang dapat mengantarkan kami ke surgaMu dan
keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang
menimpa kami."

YAKIN AKAN ADANYA JALAN KELUAR

Diantara faktor yang menguatkan kesabaran ialah
keyakinan bahwa pertolongan Allah itu amat dekat.
PenyelesaianNya tidak diragukan lagi, pasti akan tiba.


Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti datang
kemudahan. Dan bahwa pertolongan yang dijanjikanNya
kepada orang2 beriman, serta pergantian atau balasan
yang dijanjikanNya kepada orang2 yang diuji, pasti
akan terwujudkan.

Keyakinan ini akan dapat menghalau kecemasan dan
keputusasaan dari hati dan menyinari dada dengan
harapan kemenangan dan kepastian yang lebih baik di
hari esok.

Berulangkali di dalam AlQur'an perintah sabar disertai
dengan penegasan bahwa janji Allah adalah benar, yakni
tidak akan diingkari sama sekali, sebab yang
mengingkari janjinya mungkin karena lemah atas dusta:
Maha Suci Allah dari hal yang demikian itu

"..... Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya.
Allah tidak akan memungkiri janji-Nya"
Az-Zumar 20

"Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah
benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak
meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu
menggelisahkan kamu."
lah Rum 60

"Maka bersabarlah kamu, karena sesungguhnya janji
Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan
bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang
dan pagi."
Al Mu'min 55

Janji Allah yang benar kepada orang2 yang sabar
terwujud dalam beberapa hal:

a. Memberikan kelapangan sesudah kesempitan,
kesejahteraan ssudah cobaan, kebahagiaan sesudah
kesusahan, kemudahan setelah kesulitan.

"........Allah kelak akan memberikan kelapangan
sesudah kesempitan."
Ath Thalaq 7

Bahkan dalam ayat lain
"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan"
"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
Alam Nasyrah 5-6

di sini Allah tidak menjadikan kemudahan sesudah
kesulitan tetapi disertakan. Hal ini mengingat 2 hal
pertama, kedekatan terwujudnya kemudahan setelah
kesulitan sehingga seakan-akan bersamanya dan lekat
padanya.
kedua, kesulitan itu benar-benar beserta kemudahan, tidak
perlu diragukan lagi, mungkin secara zhahir dan dapat
dirasakan atau secara tersembunyi dan terkandung
(lathf/tersirat)

"....Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa
yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
Yusuf 100

b. Memberikan kesudahan yang baik bagi orang yang
Sabar dan Taqwa, kendatipun

jalan mereka penuh dengan duri dan darah. Sebab segala
sesuatu itu ditentukan oleh kesudahan dan
penutupannya.
Sehubungan dengan ini Al Qur'an mengisahkan melalui
lisan Musa as yang menyampaikan nasehat kepada kaumnya
setelah menghadapi ancaman pembunuhan,penyiksaan dan
penindasan dari Fir'aun.
"Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan
kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini)
kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang
dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang
baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."" Al A'raf
128

Dan Kisah2 para Rasul bersama kaum mereka yang banyak
dikisahkan AlQur'an menguatkan dan menegaskan
ketetapan Ilahi ini: "Kesudahan yang baik adalah bagi
orang yang sabar dan taqwa.

Kendatipun ada pergiliran hari dan keadaan namun
kesudahan yang baik tetap berada dalam pihak kaum
beriman. kadang-kadang cobaan pun semakin berat, fitnah
semakin bertambah banyak, kesulitan2 berdatangan bagai
gelombang lautan, mencekik leher kaum Muslimin,
menyesatkan pandangan, menyayat hati sehingga orang2
menyangka kepada Allah berbagai prasangka2 dan kaum
Muslimin diguncang oleh guncangan berat. Pada saat2
inilah pertolongan Allah itu akan lebih dekat daripada
Sunatullah pada alam maya; ketika kita melihat petir
dan guntur yang menyambar, pertanda bagi turunya hujan
dan rahmat.

"Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan
lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini
bahwa mereka telah didustakan, datanglah kepada para
rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan
orang-orang yang Kami kehendaki.

Dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari pada
orang-orang yang berdosa."
Yusuf 110

Sebagian orang beranggapan, ketika melihat orang2 yang
zhalim dan para thagut itu berada dalam kesejahteraan
dan kemegahannya, bahwa Allah melupakan mereka. Maha
Suci Allah, Allah tidak melupakan mereka, tetapi
menangguhkannya

Dalam sebuah Hadits Sahih dikatakan
"Sesungguhnya Allah menangguhkan orang2 yang zhalim
sehingga apabila Dia mengambilnya tidak meloloskannya"


Kemudian Rasullulah saw membaca surat

"Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab
penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim.
Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi
keras"
Al Hud 102

c. Memberikan ganti dari apa saja yang luput dan
hilang, sebab Allah tidak akan menghapus pahala orang2
yang bekerja dengan baik. Allah telah berjanji secara
pasti bahwa Dia tidak akan menyia-nyiakan pahala orang
yang berbuat baik. Ini mencakup dunia dan akhirat.

Di dunia, Allah mengganti apa yang tidak mereka
dapatkan itu dengan suatu yang lebih baik dan
memberikan posisi setelah mereka kalah.
Di akhirat, Allah memberikan pahala tanpa batas.

". Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah sesudah
mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat
yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya
pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka
mengetahui,"
"(yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan
saja mereka bertawakkal"
An Nahl 41-42

"Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada
menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat
kebaikan."
Al Hud 115

"......dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala
orang-orang yang berbuat baik"
"Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik,
bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa."
Yusuf 56-57

Pada ayat 56 yang dimaksud ialah pahala dunia dan
balasan sekarang. Adapun pahala akhirat dan balasannya
dinyatakan dalam ayat 57

Dari Ummu Salamah ra.
" Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda "Tiada
seoranga hamba ditimpa musibah kemudian mengucap Inna
lillahi wainna ilaihi roji'un, Ya Allah berilah pahala
dalam musibahku ini dan gantilah dengan yang lebih
baik dari padanya", kecuali Allah memberi pahala
musibahnya ini dengan lebih baik darinya." Ummu
Salamah berkata. : Ketika Abu Salamah meninggal. Aku
mengucap seperti apa yang diperintahkan Rasulullah
tsb, maka Allah menggantiku dengan suatu yang lebih
baik dari padanya : Rasulullah saw."


MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA ALLAH

Diantara faktor penguat kesabaran ialah meminta
pertolongan kepada Allah dan berlindung kepada
perlindunganNya sehingga akan merasakan kesertaanNya
dan bahwa ia berada dalam pembelaan dan penjagaanNya

"....dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar."
Al Anfal 46

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu,
maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami,
.."
At Thur 48

"...Mohonlah pertolongan kepada Allah dan
bersabarlah.."
Al A'raf 128

Barangkali perlunya orang2 sabar dalam permintaan
pertolongan kepada Allah dan tawakkal kepadaNya,
merupakan rahasia disertakannya kesabaran dan tawakkal
kepada Allah di dalam banyak ayat yang sebagiannya
telah disebutkan terdahulu, seperti firman Allah:

"(yaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan
saja mereka bertawakkal"
An Nahl 42

"...dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap
gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan
hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal
itu, berserah diri".
Ibrahim 12


MENELADANI ORANG YANG SABAR DAN TEGUH HATI

Merenungkan sejarah hidup orang2 yang sabar dari
berbagai bentuk cobaan yang mereka hadapi, khususnya
para pengemban dah'wah risalah dari nabi2 dan rasul2
Allah yang terpilih yang kehidupan dan jihad mereka
dijadikan Allah sebagai pelajaran bagi orang2 yang
sesudahnya agar diambil sebagai qudwah (teladan).
Dengan meneladani mereka maka musibah yang menimpa,
baik kesengsaraan kehidupan maupun gangguan dari orang
lain akan terasa ringan.

"Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan
kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami
teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang
kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan
bagi orang-orang yang beriman."
Al Hud 120

Ketika Kabbab bin Al Arit mengadukan kepada Rasulullah
saw akan kepedihan yang dihadapinya akibat gangguan
dan fitnah dalam agamanya bersama para saudaranya yang
lemah, dan berkata, "Wahai Rasulullah, tidakkah Engkau
memintakan pertolongan kepada kami? tidakkah Engkau
memohonkan do'a untuk kami?"
Maka dijawab oleh Rasulullah saw," Sungguh orang2
sebelum kamu ada yang diambil kemudian dimasukkan ke
dalam tanah galian kemudian didatangkan gergaji, maka
diletakkan gergaji itu di atas kepalanya yang
membelahnya menjadi dua, kemudian daging dan tulangnya
disikat dengan sikat besi; tetapi itu semua tidak
menghalangi agamanya. Demi Allah ssungguhnya Allah
akan memberkati urusan ini, sehingga orang yang
berjalan dari San'a ke Hadramaut tidak akan merasa
takut kecuali kepada Allah dan khawatir terhadap
serigala yang akan menyergap kambingnya, tetapi kamu
tergesa-gesa"
(hari Bukhari dan lainnya)


BERIMAN KEPADA QADAR ALLAH DAN SUNNAH-SUNNAHNYA

bahwa Qadar Allah itu tak diragukan lagi pasti
terlaksana dan bahwa apa yang menimpanya itu bukan
untuk menyalahkannya sebaiknya apa yang luput darinya
bukan untuk menimpanya.
Sesungguhnya berserah diri kepada taqdir dalam hal
seperti ini merupakan sikap yang disyari'atkan dan
terpuji. Sebab, ini berarti menyerah kepada taqdir
menyangkut sesuatu yang manusia tidak memiliki kuasa
dan ikhtiar didalamnya, seperti bencana alam dlsb. Dan
ini mempunyai pengaruh yang sangat dalam pada jiwa
manusia, sebab akan dapat meringankan rasa putus asa
karena sesuatu yang luput dan rasa sedih karena
sesuatu yang menimpa.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan
(tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami
menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah
mudah bagi Allah."
"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan
berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan
supaya kamu jangan terlalu gembira. Maksudnya: Allah akan membalas perbuatanmu,
yang baik dibalas dengan yang baik, dan yang buruk
dibalas dengan yang buruk.

Ketika Kabbab bin al Arit mengadukan kepada Nabi saw
ihwal dirinya dan saudara2nya yang mendapat siksaan
yang amat dahsyat dari kaum musyrikin, Nabi saw
mengemukakan nasib yang sama yang dialami kaum
Mu'minin sebelumnya, kemudian Nabi saw mencabut
keputusasaan dari hati Kabbab dan menanamkan optimisme
di hatinya dengan menggambarkan urusan (dah'wah) ini
akan diberkati Allah saw. sehingga kaum musafir dari
ujung ke ujung Jazirah tidak akan takut kecualikepada
Allah dan khawatir terhadap serigaa yang akan memangsa
kambingnya.

Hal ini karena harapan dan optimisme merupakan
dukungan terbesar bagi kesabaran dalam menghadapi
panjang dan susahnya perjalanan, dan bahwa putus asa



"Dan bersegerahlah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu
dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi
yang disediakan untuk orang-orang yang bertkawa.(yaitu)
orang-orang yang menafkahkan(hartanya), baik di waktu
lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang
menahan amarahnya dan mema'afkan(kesalahan) orang.
Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Ali 'Imran 133-134
wallahu'alam..

Tuesday, May 08, 2007

Nasihat untuk Hawa

Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah...

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau jodohmu,
ingatlah Hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah...
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga...
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki...

-----------------------------