Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Wednesday, April 04, 2012

Untitled

"There is no turning back. Look forward, go forward"

Monday, June 09, 2008

Hati-hati dengan dirimu



Berhati-hati dengan bicaramu kerana ia akan menjadi perbuatan
Berhati-hati dengan perbuatanmu kerana ia akan menjadi kebiasaan
Berhati-hati dengan kebiasaanmu kerana ia membentuk keperibadian
Berhati-hati dengan peribadimu kerana ia mencorak masa depan
Berhati-hati mencorak masa depan supaya dirimu bukan dalam kerugian

-------------------------------------------------------------------------



Wednesday, April 16, 2008

A word...


"toleh sebelum melangkah bukan bila melangkah"

Sunday, February 03, 2008

Kawan...........


Pertama,

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalahhiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu...dan meminta maaf darimu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

----------------------------------------------------------------
Adalah penting dalam memilih sahabat yang baik lagi ikhlas, jujur dan sentiasa memahami diantara satu dengan yang lain walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Dengan adanya rakan atau sahabat yang baik ini sesatu Persatuan ataupun Kumpulan (persahabatan) ini dapat di kekalkan dan akan menjadi yang terkuat dan teragung dalam melaksanakan satu tanggungjawab dalam segala segi Perbuatan dan Amalan.

wallahualam..

Saturday, February 02, 2008

Story of 3 friends

Not long ago, three friends came to the New York city. They decided to stay in a hotel during the visit.

It so happened that their room ended up being on the 60th floor.

The policy of the hotel was that everynight after 12:00 a.m. the elevators are shut down for security reasons.The next day, the three friends rented a car and went out to explore the city. They enjoyed movies, concerts, and other things throughout the whole day. At one point, they remembered that they have to get back to the hotel before 12 a.m.

When they arrived, it was beyond 12 a.m. at night. The elevators were shut down. There was no other way to get back to their room but to take the stairs all the way to the 60th floor. All of a sudden, one friend got an idea.

He said “For the first 20 floors, I will tell jokes to keep us going. Then another one of us could say wisdom stories for the next 20 floors. Finally, we will cover the other 20 floors with sad stories.”

So, one of the friends started with the jokes. With laughs and joy,they reached the 20th floor. Now, another friend started saying stories that are full of wisdom. So, they learned a lot while reaching the 40th floor. Now, it was time for the sad stories.

So, the third friend started thus, “My first sad story is that I left the key for the room in the car.”

Now, what is the point of this story?

This story resembles our lifecycle. For the first 20 years of our life, we spend time in joking and enjoying whatever is out there. Then, after we reach 20, we go into the work force, get marriead, have kids and this is the time when we use our wisdom. Then, if we reach 40, we finally see the white hairs and begin to think that my life is coming to an end and the sadness begins.

Growth

It’s better that we start our life in the very beginning by remembering death rather than preparing for it at the end our life when very few of us have the energy to obey Allah completely. We should also remember that there is no guarantee of a life of 60 years for any of us, many have already left this world way before that age.

May Allah give us the ability to make use of our life before death and our youth before old age, Ameen.
--------------------

"no matter where and when its started, the most important things is the ending..."

"bad start may come with good ending..."


wallahualam

Friday, January 18, 2008

Masa...


"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga"
(Dr. Mahathir Mohamad)

Thursday, September 27, 2007

Karnival Ramadhan


Very nice.

p/s: akak, saya copy dr blog akak. hehehe

Saturday, August 04, 2007

Di persimpangan dilema


Ibarat kehidupan adalah satu perjalanan yang tidak ada penghujungnya. Jalannya penuh liku dan simpang. Di setiap persimpangan, pilihan harus dibuat. Kadangkala hati keliru, minda buntu dalam membuat keputusan yang tepat. "Ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut minda kecewa" Inilah yang menjadi ketakutan kerana bimbang dan takut, pilihan yang dibuat itu salah dan mengundang kekecewaan.

Pilihan memang kadang-kala perit dan pahit. Mungkin itu ujian dariNya tanda kasih dan sayang pada hambaNya yang terpilih. Kegagalan bukan kekecewaan tetapi pengajaran. Kejayaan bukan kepuasan tetapi mengundang kealpaan.

"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah : 216)

Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui akan segala sesuatu. Biarlah pilihan yang dibuat adalah berdasarkan petunjuk dariNya.

Wallahualam..

Tuesday, July 31, 2007

La Tahzan.....



Tetiba bila baca SMS dari seorang rakan, bermacam-macam perkara terlintas dalam fikiran. Macam ada suatu beban yang berat tertanggung atas kepala sekarang ini. Sesuatu yang tidak boleh hendak dizahirkan dengan kata-kata mahupun perbuatan. Tiba-tiba teringat pasal cara mengawal tekanan dalam hidup. Jadi, istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkencamuk, inilah petua terbaik:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orangyang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

"Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Ilahi. Dialah yang maha mengetahui akan sesuatu"

Wallahulam...

Saturday, July 28, 2007

Thursday, July 26, 2007

Siti Situ Sana Sini

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.


- dipetik dari www.iluvislam.com


Monday, July 23, 2007

Amalan Dalam Bulan Ramadan

PAGI
  1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya
  2. Zikir
    • La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)
    • Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
    • Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
    • Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)
  3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)
  4. SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
  5. SOLAT SUNAT
    • Solat sunat Isyraq
    • Solat sunat Dhuha
    • Solat sunat Tasbih dan
    • Membaca al-Quran
    • Membaca doa taubat `Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)

TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa

ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG
1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)

MAGHRIB
  • berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib
  • solat sunat Awwabin
  • membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)
ISYAK
  • Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak
  • Solat sunat Terawih, sunat witir
  • membaca al-Quran
TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh

  • Solat sunat wuduk
  • Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa
  • Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
  • Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).
  • Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepadaNya).
  • Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada
    suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)
BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.
Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.
Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Ramadhan bakal menjelma.....

Thursday, July 19, 2007

7 JENIS WAJAH MAYAT

Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.


Mayat yang mukanya berbentuk babi .Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.


Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.


Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.


Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk ari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Bagaimana wajah kita nanti? Tanyalah hati, lihatlah amalan.

Wallahualam...

Wednesday, July 18, 2007

Antara sahabat dan musibat...


"Sahabat membetulkan kesilapan tetapi musibat membenarkannya..."

Jika ingin mengenali seseorang maka lihatlah rakan-rakanya...

wallahualam..

Tuesday, July 10, 2007

Motivasi untuk diri


"Success begin with a dream to reach the unreachable"


Thursday, June 28, 2007

Kita hanya hamba.............

"dan mungkin apa yang kamu benci itu adalah baik untukmu dan mungkin apa yang kamu sukai itu adalah buruk untukmu, Allah lebih mengetahui dan sesungguhnya kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah : 216)

Hargailah apa yang kita miliki, setiap kurniaan adalah anugerah dari Ilahi untuk hambaNya.
Jangan dicurah air di tempayan jika dengar guruh berdentum.
Wallahualam...

Sunday, May 20, 2007

Cerita suatu pagi.....

"Serahkan kelemahan diri kepada orang lain dan carilah kelebihan. Insyallah jauh langkahnya nanti" kedengaran ayat ini seperti sombong, tiada muhasabah diri tetapi inilah realiti. Kita mesti mencari apakah kelebihan diri sendiri dari menghitung dan mencari salah sendiri. Kenapa dikatakan kelemahan diri x perlu dinilai? Jawapannya cukup mudah. Terlalu ramai yang telah menilai dan melihat kelemahan kita. Itulah sifat manusia. Contoh yang cukup mudah adalah seperti membeli barang dikedai. Kita akan membelek-belek sebelum membeli untuk mencari sebarang kekurangan atau kecacatan. Apabila berpuas hati barulah dibeli.

Begitulah dalam kehidupan kita seharian, pemilihan sesuatu adalah berdasarkan sedikitnya kelemahan atau kekurangan dan bukanlah berdasarkan apakah kelebihannya. Jadi, setiap apa yang kita lakukan, carilah kelebihan diri, Gilaplah dan serlahkan ia supaya tertutup segala kekurangan walaupun terlalu banyak mata yang memerhati dan menilai setiap kekurangan yang ada.

Jika dikeji, bersyukurlah dan jika dipuji, beringatlah. Jadikanlah kejian satu teguran supaya dapat membaiki diri. Teringat pada kata-kata seorang sahabat, "Tak hidup x mati kalau dengar cakap orang". Tiada orang yang berjaya dengan usaha orang lain. Untuk ke depan, kaki sendiri yang melangkah..... Fikir-fikirkan lah.

Wallahualam...

Friday, May 18, 2007

A song for me..

Sometimes when a really big problem occurred, my life became messy. This song regained my strength. "Just continue your step although its too hard. Success just for the best." Just a word from someone that really touch my heart.
---------------------------------------------
We are the champions

I've paid my dues
Time after time
I've done my sentence
But committed no crime
And bad mistakes
I've made a few
and I've had my share of sand
Kicked in my face
But I've come through
And I need to go on and on and on and on

We are the champions - my friends
And we'll keep on fightin' till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world

I've taken my bows
And my curtain calls
You've brought me fame and fortune
And everything that goes with it
I thank you all
But it's been no bed of roses no pleasure cruise
and I consider it a challenge before human race
That I ain't gonna lose
And I need to go on and on and on and on

We are the champions - my friends
And we'll keep on fightin' till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions of the world

We are the champions - my friends
And We'll keep on fightin' till the end
We are the champions
We are the champions
No time for losers
'Cause we are the champions

Saturday, May 12, 2007

Sebatang bambu...


Sebatang bambu yang indah tumbuh di
halaman rumah seorang petani. Batang
bambu ini tumbuh tinggi menjulang di
antara batang-batang bambu lainnya.
Suatu hari datanglah sang petani yang
empunya pohon bambu itu. Dia berkata
kepada batang bambu," Wahai bambu,
maukah engkau kupakai untuk menjadi
paip saluran air, yang sangat berguna
untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu
aku mau bila dapat berguna bagi
engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang
akan kau lakukan untuk membuatku
menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku
akan menebangmu untuk memisahkan
engkau dari rumpunmu yang indah itu.
Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu
yang dapat melukai orang yang
memegangmu. Setelah itu aku akan
membelah-belah engkau sesuai dengan
keperluanku. Akhir sekali aku akan
membuang sekat-sekat yang ada di dalam
batangmu, supaya air dapat mengalir
dengan lancar. Apabila itu semua
sudah selesai, engkau akan menjadi
paip yang akan mengalirkan air untuk
mengairi sawahku sehingga padi yang
kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama
terdiam..... , kemudian dia berkata
kepada petani, "Tuan, tentu aku akan
merasa sangat sakit ketika engkau
menebangku. Juga pasti akan sakit
ketika engkau membuang cabang-
cabangku, bahkan lebih sakit lagi
ketika engkau membelah-belah batangku
yang indah ini, dan pasti tak
tertahankan ketika engkau mengorek-
ngorek bahagian dalam tubuhku untuk
membuang sekat-sekat penghalang itu.
Apakah aku akan kuat melalui semua
proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, "
Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui
semua itu, karena aku memilihmu justru
karena engkau yang paling kuat dari
semua batang pada rumpun ini. Jadi
tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu
menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin
sekali berguna bagimu. Ini aku,
tebanglah aku, perbuatlah sesuai
dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan
pekerjaannya, batang bambu indah yang
dulu hanya menjadi penghias halaman
rumah petani, kini telah berubah
menjadi paip saluran air yang mengairi
sawahnya sehingga padi dapat tumbuh
dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahwa dengan
masalah yang datang silih berganti tak
habis-habisnya, mungkin Allah sedang
memproses kita untuk menjadi indah di
hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu
itu, kita sedang ditempa, Allah sedang
membuat kita sempurna untuk di pakai
menjadi penyalur berkat. Dia sedang
membuang kesombongan dan segala sifat
kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi
jangan kuatir, kita pasti kuat karena
Allah tak akan memberikan beban yang
tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita
berserah pada kehendak Allah,
membiarkan Dia bebas berkarya di dalam
diri kita untuk menjadikan kita alat
yang berguna bagi-Nya? Seperti batang
bambu itu, mari kita berkata, " Ini
aku wahai Allah, perbuatlah sesuai
dengan yang Kau kehendaki."

Monday, March 05, 2007

Tips mencari sahabat

Tips mencari sahabat agar tidak bersahabat dengan musibat.
---------------------------------------------------------------------
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah

hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan dan menyebutnya.

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

wallahua'lam