Akhirnya... Betul-betul dah lama blog nie x update. Entah ada entah tidak orang yang sudi jengah. Tak tahu la. Akhir-akhir ini memang terlalu sibuk dengan banyak perkara. Bukan terlupa tapi terpaksa melupakan seketika kewujudan blog ini kerana banyak perkara lain yang perlu diselesaikan.
Entah kenapa hari ini macam ada sesuatu yang nak ditulis dalam ni walhal ade kerja lain yang nak buat nie. Xpela sementara tunggu masuk meeting pukul 5 nanti, boleh la menulis sekejap. Dua bulan kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Sedih, gembira semuanya bercampur aduk. kadang-kadang keduanya datang pada satu masa. Pelik? Itula yang berlaku. Teringat satu petikan kata-kata dari Hukama "Kesenangan berada di antara dua kesusahan dan kesusahan berada di antara dua kesenangan"
Bila terbaca ungkapan ini tiba-tiba terfikir dan bermuhasabah tentang perjalanan hidup sy. Betul dan tepat sekali kata-katanya. Apabila suatu kesenangan datang, ia disusuli oleh kesusahan. Begitulah sebaliknya. Contoh yang berlaku pada diri sy cukup jelas. Kerana desakan keperluan hidup dan ada sedikit lebihan rezeki kurniaan Allah, sy telah membeli sebuah kereta. Dan sebulan selepas itu, motor yang telah berjasa hampir 4 tahun telah hilang. Ringkas tapi jelas.
Harap-harap dapat jumpa balik motor kesayangan tue.....
2 comments:
Ujian semua tu...ada hikmah di atas semua kejadian...sabar ek!!
yup. semua yang berlaku ada hikmah dan pengajaran yang perlu saya fikirkan. paling penting LA TAHZAN.
Post a Comment