Friday, April 11, 2008

Memang nasib diri..........


"Kadang kala bila peluang datang depan mata kita terpaksa lepaskan. Peluang yang memang untuk kita tetapi tak mampu kita nak ambil. Ibarat katak dalam balang yang tengah cuba melompat keluar dari balang"


Wahai diri...
Usaha lagi jangan berhenti
Biar gagal berkali-kali
Putus asa jangan sekali

Wahai diri...
Hinaan diri jadikan kunci
Kunci untuk majukan lagi diri
Jadi bukti diri bukan untuk dicaci

Wahai diri...
Sabar dengan segala uji
Jangan menyerah walau sekali
Sekali melangkah pantang kembali

Wahai diri...
Jika hari ini kesusahan selimuti diri
Kuatkan tekad di hati
Ingat kejayaan sedang menanti

Wahai diri...
Jika hari ini hidup sendiri
Habis hilang kawan di sisi
Biarlah semangat jadi pengganti
Sekali jatuh bangkit berkali-kali


1 comment:

Anonymous said...

Hi.

Nampaknya image kamu itu di 'hotlink' atau menggunakan terus url dari website saya. Saya harap saudara boleh gunakan cara lain mungkin download dulu gambar tu kemudian host 'image' itu sendiri kerana ia akan menggunakan 'bandwith' website saya.

Saya harap kamu faham. Terimakasih. :)