JODOH - Dr Fazilah Kamsah
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan
yang menanti dan biasanya IA berada
tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh
darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan kita
wajib berusaha. Doa, usaha yang betul
dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan menemukan anda
dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat. Teruskan
usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan
sempurna agar diri anda jadi seperti
'magnet' yang menarik bakal pasangan
anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di
hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati
dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan
berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda
dan anda akan menarik sayang terhadap
anda. Jika anda membenci orang, ditakuti
bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan
harus sentiasa bersedia untuk bertemu
dengan pasangannya pada bila-bila masa.
Justeru, kita perlu sentiasa dalam
keadaan yang paling menarik setiap masa.
Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan
bentuk badan menjadi tarikan pertama.
Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk
menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang
kepada mereka yang sentiasa bersedia
untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun
ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan
dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui
fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan
patah hati sebab lewat menyatakan hasrat
kepada bakal pasangan. Perkara yang baik
disegerakan (iaitu menyatakan perasaan
anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk berkenalan. Orang
lelaki akan sentiasa merasakan mereka
yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan
bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap
sambil lewa atau kurang sopan terhadap
bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat
dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi
tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra
seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman
dengan segera agar bakal pasangan rasa
selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal
peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan
hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita
pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang
lain. Buang perangai yang menyebabkan
orang benci kepada Kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang.
Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
tidak tertarik kepada kita. Justeru
buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal
terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang
anda amat sukar untuk berkenalan dengan
lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik
kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan
redha dengan setiap pemberian lelaki
tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik
kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada
mereka. Justeru, orang lelaki janganlah
terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal
kerenah orang perempuan. Perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan
dan kebenciannya
No comments:
Post a Comment