Tuesday, October 30, 2007

Sekadar renungan...

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat; ALLAH berfirman;
dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
(al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

A few minutes

Hari yang paling pening dan cukup merisaukan. Seperti yang dijangka, masalah akan datang dalam bentuk bundle. Nampak gayanya masalah lain datang sebelum perkara yang dirisaukan terjadi. Dan ianya lagi besar. Huhuhuhu

Buat masa sekarang, dah x tahu nk buat camne. Makin difikirkan makin buntu......

Sunday, October 07, 2007

Hari ini hari Ahad



Satu persoalan yang timbul kat fikiran sekarang nie, "Adakah aku workaholic?" Entahla... Tapi ada sesuatu kenikmatana rasenye bila bekerja rather than just duduk kt umah je pada hari minggu. For me, half of day is enough.

Bila berada di rumah, rase cam empty je. tak tahu apa nak buat selain mengadap TV. Semalam, seharian kat umah bermacam perkara yang x pernah nak buat sebelum nie pon dah dibuat. Motor dah basuh, baju dah basuh, laman dah kemas, entahla dah x tahu nak buat apa. Hari ini, rasenya lebih baik ke opis buat kerje sebab esok ada satu lagi ceramah sebelum balik kampung.

Ada satu lagi berita gembira hari nie, akhirnya slaid yang panjang lebar sudah berjaya disiapkan. X sabar rasanya nak tengok reaksi audience pada hasil kerja terbaru nie. Bercerita pasal slaid, selalunya ade saja cikgu0cikgu yang x malu senang-sennag dia nak mintak. The answer is "NO". Kalo dieorg sanggup bayau, bolehla jugak tapi bergantungla. huhuhuhu

Friday, October 05, 2007

Another evening...

Hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Berbanding dengan tahun lepas, raya kali ini agak hambar kerana tida sebarang perancangan untuknya. Biarkan ia berlalu begitu sahaja. Paling baik, tahun ini boleh habiskan sepenuh masa dengan keluarga. Dapat balik awal, seminggu sebelum raya.

Jadi, buat masa ini terlalu sibuk dengan berbagai program sehinggalah minggu depan. Rezeki raya kot. Kadangkala terfikir bagaimana untuk menambahkan lagi pendapatan. Bukan niat nak jadi hamba duit tapi itulah hakikat dunia. Duit merupakan ukuran utama. Entahla, tapi buat masa sekarang, itulah masalah utama. Tahun ini mmg tahun susah kerana banyak yang masih perlu dipelajari.

Cerita pasal bulan puasa, ada sesuatu yang rasenye cam x sesuai je berlaku. Kebanyakan program diadakan di masjid, tetiba gelaran ustaz melekat pulak. x tahu apa nak kata tapi rasanya gelaran itu macam x kena je.

Kali ketiga dapat handle ceramah secara solo n kali pertama adalah permintaan dari pihak sekolah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar even hari tue tekak mmg terase kering yang terlampau. Harap-harap lepas ini bertambahla jemputan khas itu. Hehehehe.

Walaupun kadangkala terasa macam hipokrit je bila bercakap hal-hal agama kepada orang lain. Tapi hanya satu je niat dihati, untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain. Kan manusia itu sifatnya pelupa..... wallahualam.

Rasanya dah x terlalu awal nak ucap Selamat Hari Raya kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini sbb lepas nie takut2 x sempat nk menulis lagi. Sepuluh jari disusun memohon seribu kemaafan andai ada tersalah kata tersilap bicara. Memohon maaf itu lebih mudah dari memaafkan....