Tetiba bila baca SMS dari seorang rakan, bermacam-macam perkara terlintas dalam fikiran. Macam ada suatu beban yang berat tertanggung atas kepala sekarang ini. Sesuatu yang tidak boleh hendak dizahirkan dengan kata-kata mahupun perbuatan. Tiba-tiba teringat pasal cara mengawal tekanan dalam hidup. Jadi, istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkencamuk, inilah petua terbaik:
- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah
- Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
- Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
- Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orangyang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
- Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
"Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Ilahi. Dialah yang maha mengetahui akan sesuatu"
Wallahulam...
Wallahulam...
No comments:
Post a Comment