Dah lama rumah no 26 nie di update. Kadang2 mmg x ada masa untuk dicuri nk luangkan masa menulis. Banyak betul perkara yang berlaku skang nie. Semakin hari semakin kusut, entah bila kekusutan itu akan terungkai pon x tahu. Itula kehidupan......
Teringat pada program ujung minggu yang lepas. Sepeti biasa, kena handle kem pelajar2 bermasalah. Mmg betul2 bermasalah, zina, arak, dadah, judi tue perkara biasa. Sedih mengenangkan perkara ini berlaku pada anak bangsa sendiri. Di mana silapnya, ibubapa? guru? diri mereka sendiri? Coretan ini sekadar melahirkan rase sedih melihat anak bangsa. Inilah akibatnya jika agama diasingkan dari kehidupan. Fikir-fikirkanlah....
Tahukah anda, Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak pesta dan karnival. Tengok disekeliling anda, setaip bulan kita dihidangkan dengan bermacam2 pesta yang melalaikan. Lagi hebat, majoriti pengunjung adalah orang yang sebangsa dengan saya. Terfikirkah kita, setiap kali pesta yang berlangsung sehingga lewat malam, berapa ramai gadis kehilangan dara, berapa ramai anak muda belajar minum arak dan berapa ramai remaja yang baru mencuba dadah. Realiti inilah yang kadang2 ada pihak2 tertentu yang buat x nampak kerana bg mereka wang lebih penting dari menjaga anak bangsa sendiri.
cont...
No comments:
Post a Comment