Monday, April 23, 2007

setelah sekian lama....


life is not just living.......

Tuesday, April 17, 2007

Kerja, kerja dan kerja

Hari nie baru je abis kem kepimpinan sehari budak-budak sekolah rendah. Macam-macam ragam yang kadang timbul rase nak marah, nak tergelak dan macam2 rasa lagi. Melayan karenah budak- budak nie teringat zaman masa kecik-kecik dulu. Alangkah bagusnya kalau masa itu dapat diundur kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Hidup penuh tawa riang, tiada sebarang masalah hidup. Hari-hari penuh dengan kegembiraan. Tapi... itu tinggal sebagai kenangan... The memories remain...

Sedar x sedar dah hampir 4 bulan aku mula bekerja. Kadang-kadang bila orang bertanya apa sebenarnya bidang kerja yang diceburi sekarang, terkelu x tahu apa jawapan yang tepat yang boleh bagi. Ayat senang, "kerja sendiri". huhuhuhu.

Hari ini nampaknya terpaksa sambung kerja sampai ke malam. Banyak benda nak kena prepare untuk ceramah pagi esok. Letih? Perkataan tue dah makin hilang dari kamus hidup. Inilah pengorbanan yang terpaksa dibayar bila jadi boss dan kuli. Rasa letih boleh hilang bila dapat hasil dari segala usaha. Macam minum 100PLUS. Lega rasanya.

Bercakap pasal kem hari nie, inilah antara group yang paling pasif pernah dihandle. Biasala sekolah kampung. Satu cabaran yang menggugat jiwa jugakla. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar.

Jam dah pukul 7.17 malam. Kejap lagi dah kena bersiap untuk ke ofis malam nie. Nasib baik kt ofis ada penyeri. Hahahahaha. Just kidding.

Okla till next time....
Assalamualaikum

(bila la ada masa free nak layan PS buat artwork nie.....)

Wednesday, April 11, 2007

Monolog di petang hari...

Dah hampir seminggu x update blog nie. Entahla semakin lama masa semakin x cukup untuk buat semua benda nie. Hr nie baru saja balik dari Tampin. Letih masih lg terasa. Insyallah malam nie kena ke Skudai plak untuk hadiri satu lagi ceramah. Itulah dinamakan kerja.

Kadang-kadang tergelak sendiri plak bila teringat kata-kata sendiri satu masa dulu "Saya x suka kerja jual air liur". Tapi sekarang itulah yang terpaksa dibuat setiap hari. Hehehe. Itula kadang-kadang apa yang kita rasakan tidak sesuai untuk kita adalah yang terbaik. Hanya Allah yang tahu.

Pernah suatu hari ada sahabat bertanya "Ko kerja kuat-kuat nie bila masa ko nk jumpa awek?" Huhuhuhu soalan cepu emas tue. Entahla setelah segala yang berlaku, masa untuk fikirkan pasal sume benda tue cam dah xde. Mungkin dah serik? or mungkin malas nak fikir sangat tentang sesuatu yang dah ditetapkan oleh Allah untuk hambaNya. Mungkin sekarang sudah sampai masa untuk fikirkan perkara nie. Entahla.........

"Don't wait until its too late" Huhuhuhu boleh pakai ke ayat tue. Tetiba teringat kt someone......

Tuesday, April 03, 2007

A few minutes....

Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.
Janganlah sesekali kamu melepaskan ia
semula ke dalam air
begitu sahaja…
kerana ia akan sakit
oleh bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan menderita selagi ia
masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada seseorang…
setelah dia mula menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja,
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jgnlah terlalu mengharap pd takungannya,
dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu……
Apabila sekali ia retak,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu
cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakannya lagi…..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorg,
terimalah dia seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya terlalu
istimewa.
Anggaplaah dia sebagai manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan,
bukan mudah bagimu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan, berkhasiat.
mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan,
Kelak nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya.
kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu bertemu dgn seseorang
yg kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu.
Menyayangimu, mengasihimu,
mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dgn yg lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak kamu akan kehilangannya,
apabila dia menjadi milik orang lain….
kamu juga akan menyesal.