Monday, March 05, 2007

Tips untuk wanita...

Entah kenapa sbb dah lame x layan tenet nie banyak betul terbace info yang berguna. Kebanyakan post dalam blog ini adalah untuk koleksi peribadi yang boleh dikongsi sesiapa sahaja yang sudi hinggap.

Benda yang baik jgn disimpan. Berkongsilah kebaikannya semoga ia akan memberi seribu kebaikan untuk diri kita.....
-----------------------
Untuk membentuk bibir menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbahagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya.

Untuk mendapatkan sifat tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan yang lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni. Jadi jangan sekali-kali kecilkan hati seseorang apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada sentiasa tangan yang menghulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan mensyukuri kerana dikurniakan dua tangan. Satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanya terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu..

~ sungguh ALLAH lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui ~

No comments: