Monday, March 26, 2007

Kehidupan...

Semakin hari hidup ini semakin sibuk sehinggakan seperti tiada masa untuk diri sendiri. Sudah hampir dua bulan menempuhi kehidupan baru. Baru? Nope. Just ubah cara hidup n keluar dari 'keadaan selesa' hidup.

Teringat kata-kata seorang kawan, "setiap hari terlalu sibukla Mie, mmg xde masa untuk diri sendiri. Mie tahu x? Itulah sebenarnya sebuah pengorbanan yang berganjaran" Amat betul sekali, dalam mengejar kesenangan, kebahagiaan dan impian, pengorbanan masa dan tenaga adalah yang utama. Mmg kata org, wang bukan segala-galanya. Tetapi hidup hari ini segala-galanya memerlukan wang.

Entah kenapa, tetiba terfikir satu perkara yang mmg x patut difikirkan lagi. Ape pun let it be like it should be.

Doa untuk diri

Ya Allah, jauhkan aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diterima.

Amin....

Sunday, March 18, 2007

Doa untuk diri...


Ya Allah...
Berikanlah aku ketabahan untuk menerima sesuatu yang aku tidak mampu untuk mengubahnya...
Berikanlah aku kekuatan untuk mengubah sesuatu yang aku tidak mampu untuk menerimanya...

Amin...

Tuesday, March 13, 2007

Pushing the limit...

I think that i've go beyond my limit. 4 days without time for myself. feeling too tired but too excited. dunno why, my new work give me strength to keep standing. now i'm walking in the right path.

Monday, March 05, 2007

Tips untuk wanita...

Entah kenapa sbb dah lame x layan tenet nie banyak betul terbace info yang berguna. Kebanyakan post dalam blog ini adalah untuk koleksi peribadi yang boleh dikongsi sesiapa sahaja yang sudi hinggap.

Benda yang baik jgn disimpan. Berkongsilah kebaikannya semoga ia akan memberi seribu kebaikan untuk diri kita.....
-----------------------
Untuk membentuk bibir menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpa.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbahagilah makanan kepada mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya.

Untuk mendapatkan sifat tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan yang lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali dan diampuni. Jadi jangan sekali-kali kecilkan hati seseorang apabila anda sudah melakukan semua itu. Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada sentiasa tangan yang menghulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan mensyukuri kerana dikurniakan dua tangan. Satu untuk menolong diri sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana matanya terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh dengan kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu..

~ sungguh ALLAH lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui ~

Tips mencari sahabat

Tips mencari sahabat agar tidak bersahabat dengan musibat.
---------------------------------------------------------------------
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah

hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan dan menyebutnya.

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

wallahua'lam

Kisah hari minggu...


Leadership camp

"Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang tahu dipimpin" Itulah ayat yang paling banyuakl keluar sepanjang 3 hari bersama pelajar Malacca High School untuk kem kepimpinan. Satu perkara yang telah dipelajari sepanjang mengendalikan kem tue adalah kesabaran untuk bersabar.

Kesabaran sangatlah penting untuk membuatkan diri seseorang bersabar. Sabar ada batasnya dan yang membataskannya adalah kesabaran. Pelik, perkataan yang sama tetapi maksudnya tidak. Kadang-kadang susah hendak memahami maksudnya. Fikir-fikirkanlah...