Saturday, December 30, 2006

a minute in cc. (miss my lovely pc alot)

It has been a week i didn't post anything here. too busy with an interview here and there. now i realise that searching for job is not that easy (thats why many gradute pefer to be a grape planter but i'm not that kind of person).

because of all these stuff, i've forgot a few thing. the silly mistake make me feel guilty. sorry for not be a sensitive person. about a week in kl, alot of new thing has been discover. a thing that i've never seen before. i just know the real world is. is not that easy like we thing but is not that difficult as we scared, thats world.

untill now, i still wondering where my 'rezki'. is in kl or in melaka or in somewhere else in the world. just 'tawakal' after i tried my best for that.

- my 'kak cik' just have a baby yesterday. congratulation (",) -

Saturday, December 23, 2006

Lakaran kehidupan

Special dedicated to a friend. You always make my heart smile. Thanks alot.

Monday, December 18, 2006

Adakah cinta memerlukan sebab?

Dalam satu kisah percintaan yang
menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya?
Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai
Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan
sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya
tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak!
Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan
saya yang lain yang mempunyai suami
dan teman
lelaki, semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di
situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si
isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di
sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku
mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika
disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai
mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak
mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

- tiada sebb untuk menyintai kerana itulah tiada sebab untuk membenci. keikhlasan tiada rupa tetapi dapat dirasai oleh hati....

De Artwork

- hand always make work productive but mouth make it worst -

Saturday, December 16, 2006

Jobless

Diam x diam dah sebulan sudah x bergelar pelajar. Hidup masih lagi sama, bangun pagi ngadap PC sambil buat kerje n carik kerja. Terasa bosan duk umah n buat benda yg sama setiap hari. Kerja? Mmg ada kerja perlu disiapkan tapi entahla. Hasil dari usaha tue belum nampak. Kadang2 terfikir untuk abaikan je projek nie. X kisah sbb masih belum ada hitam putih. Sebulan nie hidup dalam keadaan yg agak nazak. Keperluan makin banyak tp poket makin susut. Hari2 duk fikir pasal duit minyak moto, bill2 umah yg masih belum setel sewa umah dan macam2 lagi. Ada jugak terfikir nk carik kerja sambilan tp entahla. Still belom ada peluang agaknya. Payment projek pon bulan satu baru dapat. Ssh jugak runyenye tanam anggur nie.

Start dari isnin hari tue, berpuluh2 resume dah hantar. Email, post, JobStreet, JobDb dan macam2 lagi. Alhamdulillah ade juagk yang sangkut. Next week ada interview kt PJ. PJ. tempat yg x pernah sampai lg. xkisahla. Kt mana-mana pun same je. Kalo dapat Alhamdulillah. Sebenarnya x pernah lagi attend interview nie. Berdebar pon ade jugak. Xpela yg ptg kita cuba. Seperti kata seorang kawan, rezki kita ad dimana2. Thanks sbb selalu bg semangat.

Cerita pasal resume nie pg td pergi kt satu booth agensi mencari pekerjaan kt Dataran Pahlawan. Rupenye dah ada shopping complex baru kt Bandar Hilir. Sedar x sedar dah setahun x jejak kaki kt kawasan tue. Nk lagi best jalan nk ke bandar hilir pon dah samar2. huhuhu. Cam katak bawah tempurung lak. Kalo kota a farmosa n muzium area tue x pernah jejak lagi. entahla x berminat nk pegi.

Harap2 interview nanti berjaya dengan jayanya (",).

- to a friend, thanks a lot for the support. Semoga exam hr tue lulus dengan jayanya. Rasanya dah sampai masanya kene decide what next in your life. I give u full support what ever you decide. future is determined by present. Futher study or working is just the same. It for your future. v(^_^)v

Tuesday, December 12, 2006

Mencari silap sendiri....

Kerana sedikit kesilapan, lebih kurang 60 USD melayang mlm nie. Hasil usaha selama 3 minggu lebur hanya dalam satu malam. Apa boleh buat, lumrah perniagaan. ada mase di atas n ada masenya kita dibawah. Teringat lak pada qoute nie "Duit yang kita ada bukanlah milik kita. Kita sekadar persingahan untuk setiap ringgt".

Bukan senang nak senang n x susah untuk susah. Yg paling penting cuba untuk jadi seorang yang x menyusahkan......

Dimanakah silapnya.....

- Mendayung mengikut arus lebih mudah dari menongkah -

Sunday, December 10, 2006

Kampung kecil the series


TV series that make me addicted. I've never miss to download it every Friday. Wondering when CK can fly. Almost 6 season, no sign he can fly.... The baldheaded become a demon.

- empty-

Saturday, December 09, 2006

After a week.....(Home sweet home)

1 week.... just 1 week. now i'm back with new intention. a week at my hometown feel like it only a day. huhuhuhu. its ok cause after a week now i'm a new me.(not so new actually but i got new strength). i'm just reached my lovely 'bilik belakang'. first thing to do is open my lovely pc. checking an important email and of course reading a friend's blog. dunno why but i like to do that without any reason.

-life isn't too complex but sometime it really do.......

Saturday, December 02, 2006

Cinta ibarat menunggu bas...

Tetibe cam menarik je citer nie nk post kt sini. Kehidupan adalah sesuatu yg amat kompleks.
---------------------------------------------------------------------------------
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."

Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,

"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."

Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,

"Emmm... . tak de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha... . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehidupan....


"Kehidupan kita di dunia tidak menjanjikan satu jaminan yg berkekalan,
apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita
kembali semula kepadaNya."