Showing posts with label Nota harian. Show all posts
Showing posts with label Nota harian. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Menyelongkar ke dalam selongkar


Hampir setahun x jengah blog ini. Bila baca balik entry dolu2, hehehe banyak betul ceritanya. Setiap ungkapan dan garapan ada maksud tersendiri. Biarlah garapan terdahulu melakar lembaran kenangan dalam hidup ini.




Terlalu banyak untuk dibicarakan tetapi biarlah ia terukir tatkala jari-jemari menari pada masa lain.

Tuesday, October 21, 2008

New Update

Akhirnya... Betul-betul dah lama blog nie x update. Entah ada entah tidak orang yang sudi jengah. Tak tahu la. Akhir-akhir ini memang terlalu sibuk dengan banyak perkara. Bukan terlupa tapi terpaksa melupakan seketika kewujudan blog ini kerana banyak perkara lain yang perlu diselesaikan.

Entah kenapa hari ini macam ada sesuatu yang nak ditulis dalam ni walhal ade kerja lain yang nak buat nie. Xpela sementara tunggu masuk meeting pukul 5 nanti, boleh la menulis sekejap. Dua bulan kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Sedih, gembira semuanya bercampur aduk. kadang-kadang keduanya datang pada satu masa. Pelik? Itula yang berlaku. Teringat satu petikan kata-kata dari Hukama "Kesenangan berada di antara dua kesusahan dan kesusahan berada di antara dua kesenangan"

Bila terbaca ungkapan ini tiba-tiba terfikir dan bermuhasabah tentang perjalanan hidup sy. Betul dan tepat sekali kata-katanya. Apabila suatu kesenangan datang, ia disusuli oleh kesusahan. Begitulah sebaliknya. Contoh yang berlaku pada diri sy cukup jelas. Kerana desakan keperluan hidup dan ada sedikit lebihan rezeki kurniaan Allah, sy telah membeli sebuah kereta. Dan sebulan selepas itu, motor yang telah berjasa hampir 4 tahun telah hilang. Ringkas tapi jelas.

Harap-harap dapat jumpa balik motor kesayangan tue.....

Sunday, April 13, 2008

All about L.O.V.E

Sometimes love come without any reason. The only reason is the lover. Tapi kadang-kadang hasrat sang pencinta tidak difahami dan selalu dipandang sebagai biasa sahaja. Bagi sang pencinta, dia bukan takut bersuara tetapi ingin difahami.


1] Orang yang mencintai kamu tidak
pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di
hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman
istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan
kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu
menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik
walaupun mungkin kamu merasa berat badan
kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu
ingin tahu tentang apa saja yang kamu
lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu
kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan
mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat
tidur', 'take care', dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam
cara yang berbeza, bukan"aku CINTA
padamu", tapi berselindung ayat selain
kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan
kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan
menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu
mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu, bahkan mungkin kejadian
yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang
berharga untuknya. dan saat itu, matanya
pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu
tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu
mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang
kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan
kata-katamu di hatinya, berapa banyak
kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan
orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan
belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik
kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu
kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya
dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu
kamu mungkin sedang selesema atau batuk
dia akan sentiasa mengirim SMS atau
menelefon untuk bertanya keadaan kamu -
kerana dia bimbangkan tentang kamu,
peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi
ujian, dia akan menanyakan bila ujian
itu berlangsung, dan saat harinya tiba
dia akan mengirimkan SMS 'good luck'
untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan
memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang
biasa, tetapi baginya barang itu sangat
istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan
terdiam sesaat, ketika sedang bercakap
di telefon dengan kamu, sehingga kamu
menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu
ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke
daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada
dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu dan jauh
dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh
dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak
lebih seperti saudara daripada seperti
seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering
melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa
sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya
ketika itu dia sedang memikirkankamu.

18] Orang yang mencintai kamu
kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu
pening kepala.Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu
terganggu dia akan minta maaf dan tak
akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk
mengajarimu sesuatu maka ia akan
mengajari mu dgn sabar walaupun kamu
mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
Bahkan dia begitu gembira kerana dapat
membantumu. Dia tidak pernah mengelak
dari menunaikan permintaan kamu walau
sesukar mana permintaan mu.

20]Kalau kamu melihat handphone-nya maka
nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan
SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang
lalu. Dia juga menyimpan surat-surat
kamu di tempat khas dan segala pemberian
kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri
daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu,walaupun
hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya
dan ingin memberinya kesempatan dia akan
ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia
tak pernah mencari orang lain. Dia
sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak
pernah memaksa kamu memberinya sebab dan
alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu
terbeban dengan karenahnya. Saat kau
pinta dia berlalu,dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar
mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti
di atas kepada kamu?

- tak sabar nk tunggu hari Selasa. Segala penat jerih selama sebulan akan terbalas. Harap-harap semua akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Insyallah

Saturday, April 12, 2008

Kehidupan....


Penantian satu penyiksaan..
Menanti dengan penuh harapan
Menanti dengan penuh debaran
Menanti untuk satu keputusan
Menanti untuk sebuah pilihan
Menanti dengan penuh kesabaran
Menanti untuk suatu pengakhiran...

- Menanti dengan kesabaran tetapi jika penantian tanpa akhiran, berlalu pergi jadi pilihan -


"Jangan dinanti suatu yang belum pasti sehingga terlepas yang pasti"



Tuesday, October 30, 2007

A few minutes

Hari yang paling pening dan cukup merisaukan. Seperti yang dijangka, masalah akan datang dalam bentuk bundle. Nampak gayanya masalah lain datang sebelum perkara yang dirisaukan terjadi. Dan ianya lagi besar. Huhuhuhu

Buat masa sekarang, dah x tahu nk buat camne. Makin difikirkan makin buntu......

Sunday, October 07, 2007

Hari ini hari Ahad



Satu persoalan yang timbul kat fikiran sekarang nie, "Adakah aku workaholic?" Entahla... Tapi ada sesuatu kenikmatana rasenye bila bekerja rather than just duduk kt umah je pada hari minggu. For me, half of day is enough.

Bila berada di rumah, rase cam empty je. tak tahu apa nak buat selain mengadap TV. Semalam, seharian kat umah bermacam perkara yang x pernah nak buat sebelum nie pon dah dibuat. Motor dah basuh, baju dah basuh, laman dah kemas, entahla dah x tahu nak buat apa. Hari ini, rasenya lebih baik ke opis buat kerje sebab esok ada satu lagi ceramah sebelum balik kampung.

Ada satu lagi berita gembira hari nie, akhirnya slaid yang panjang lebar sudah berjaya disiapkan. X sabar rasanya nak tengok reaksi audience pada hasil kerja terbaru nie. Bercerita pasal slaid, selalunya ade saja cikgu0cikgu yang x malu senang-sennag dia nak mintak. The answer is "NO". Kalo dieorg sanggup bayau, bolehla jugak tapi bergantungla. huhuhuhu