Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

Thursday, April 05, 2012

For a Few Reasons, Its True


Terjumpa statement nie dalam FB. Sokong sangat sangat
 Hahahahaha.

Tuesday, July 15, 2008

Catatan...

"You may not be able to control the situation, but you can always control your reaction."
(Austin Mcgonigle)


Banyak perkara yang berlaku minggu lepas membuatkan banyak perkara bermain di fikiran sekarang. Berkali-kali cuba memujuk diri, sabar sabar dan sabar. Buat kesekian kalinya terfikir tentang perkara bodoh ini. Mungkin kerana desakan hidup? Mungkin kerana rasa rendah diri? Dan yang pasti ini adalah ujianNya.

"Gantunglah impian tinggi di bintang-bintang, andai jatuh akan tersangkut di gunung yang tinggi. Jangan gantung impian di busut, jatuhnya nanti berkecai ke bumi"

Manisnya kata-kata ibarat gula. Manisnya mengundang semut datang menjengah. Tapi sayang, kerana manis, semut mati kekeyangan.

Teringat kembali janji yang telah dikotakan dalam diri. Inilah agaknya pahit yang terpaksa ditelan. Moga ada manis yang muncul. Harapan bukan sekadar harapan tetapi harapan yang menggarap jalan menuju tujuan.

Kena kuat, kena kuat, kena kuat, kena kuat......

Friday, April 11, 2008

Memang nasib diri..........


"Kadang kala bila peluang datang depan mata kita terpaksa lepaskan. Peluang yang memang untuk kita tetapi tak mampu kita nak ambil. Ibarat katak dalam balang yang tengah cuba melompat keluar dari balang"


Wahai diri...
Usaha lagi jangan berhenti
Biar gagal berkali-kali
Putus asa jangan sekali

Wahai diri...
Hinaan diri jadikan kunci
Kunci untuk majukan lagi diri
Jadi bukti diri bukan untuk dicaci

Wahai diri...
Sabar dengan segala uji
Jangan menyerah walau sekali
Sekali melangkah pantang kembali

Wahai diri...
Jika hari ini kesusahan selimuti diri
Kuatkan tekad di hati
Ingat kejayaan sedang menanti

Wahai diri...
Jika hari ini hidup sendiri
Habis hilang kawan di sisi
Biarlah semangat jadi pengganti
Sekali jatuh bangkit berkali-kali


Thursday, April 03, 2008

Kata orang VS Kata aku


Kata orang, nak berjaya itu mudah.
Kata aku, kejayaan itu payah.

Kata orang, bila berusaha pasti berjaya.
Kata aku, berusaha belum tentu berjaya.

Kata orang, bila gagal kita kena bangkit.
Kata aku, nak bangkit memang perit.

Kata orang, senyum itu tanda hidup ceria
Kata aku, kalo senyum memanjang, itu orang gila

Kata orang, baik biar berpada-pada.
Kata aku, buat baik jangan dihitung kira

Kata orang, yang merah itu saga,
Kata aku, yang biru pon proton saga.

"........................"


Thursday, March 27, 2008

SiMpLE


"Everything should be made as simple as possible but not simpler"

Seorang kawan pernah berpesan,

Hidup tidak seindah Impian,
Mimpi bukan igauan,
Bila terasa pahit kehidupan,
Memang susah nak telan,
Tapi bila dapat kemanisan,
Pahit hidup dilupa jangan,
Yang pahit buat peringatan,
Yang manis jadi kenangan,

"bElAjAr dARi hARi sEMaLaM, ManFaAtKaN HaRi iNi dAn rAnCaNG uTk hR EsOk"



Tuesday, February 05, 2008

"everything is in pair"

"everything is in pair"

Assalamualaikum.....
Hari nie kerja memang banyak. Dateline untuk program Super Insan hanya ada sebulan lagi. Lama? sekejap je tue. Moga2 segalanya berjalan dengan lancar. Tengah2 duk update website, tetibe terjumpa qoute ini dalam blog seorang sahabat. Cukup ringkas but penuh makna.

Bulan lepas, ketika habis program bersama SMK St. Mary, berlakula sedikit perdebatan dengan team fasilitator berkenaan dengan jodoh. Persoalan yang timbul adalah berkenaan dengan ayat al-Quran yang bermaksud

"lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...."

Bagaimana dikatakan seorang yang baik pasangan juga orang yang baik. Persoalannnya kenapa ada wanita yang baik tetapi bersuamikan penagih dadah, lelaki alim tetapi isterinya seksi, gadis bertudung labuh tetapi pasangannya kutu. Persoalan yang timbul adalah bagaimana istilah "baik" itu.

Terdapat banyak pendapat yang menafsirkan ayat tersebut. Ada yang menatakan bahawa maksudnya adalah lelaki dan wanita itu saling melengkapi antara satu sama lain. Ada juga yang mengatakan bahawa maksud "baik" di sini sangat luas.

Kadangkala manusia yang baik di sisi manusia adalah teruk di sisi Allah dan sebaliknya. Allah itukan maha Mengetahui...

wallahualam


Tuesday, January 29, 2008

IBU VS KEKASIH

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

________________________________________
"kalau bukan sekarang, bila lagi,
kalau bukan di sini, dimana lagi,
kalau bukan kita, siapa lagi,

"don't wait untill its too late."

p/s baru teringat nk transfer duit utk mak. huhuhuhu





Friday, October 05, 2007

Another evening...

Hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Berbanding dengan tahun lepas, raya kali ini agak hambar kerana tida sebarang perancangan untuknya. Biarkan ia berlalu begitu sahaja. Paling baik, tahun ini boleh habiskan sepenuh masa dengan keluarga. Dapat balik awal, seminggu sebelum raya.

Jadi, buat masa ini terlalu sibuk dengan berbagai program sehinggalah minggu depan. Rezeki raya kot. Kadangkala terfikir bagaimana untuk menambahkan lagi pendapatan. Bukan niat nak jadi hamba duit tapi itulah hakikat dunia. Duit merupakan ukuran utama. Entahla, tapi buat masa sekarang, itulah masalah utama. Tahun ini mmg tahun susah kerana banyak yang masih perlu dipelajari.

Cerita pasal bulan puasa, ada sesuatu yang rasenye cam x sesuai je berlaku. Kebanyakan program diadakan di masjid, tetiba gelaran ustaz melekat pulak. x tahu apa nak kata tapi rasanya gelaran itu macam x kena je.

Kali ketiga dapat handle ceramah secara solo n kali pertama adalah permintaan dari pihak sekolah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar even hari tue tekak mmg terase kering yang terlampau. Harap-harap lepas ini bertambahla jemputan khas itu. Hehehehe.

Walaupun kadangkala terasa macam hipokrit je bila bercakap hal-hal agama kepada orang lain. Tapi hanya satu je niat dihati, untuk mengingatkan diri sendiri dan orang lain. Kan manusia itu sifatnya pelupa..... wallahualam.

Rasanya dah x terlalu awal nak ucap Selamat Hari Raya kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini sbb lepas nie takut2 x sempat nk menulis lagi. Sepuluh jari disusun memohon seribu kemaafan andai ada tersalah kata tersilap bicara. Memohon maaf itu lebih mudah dari memaafkan....

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan....

Sudah lama blog ini tidak berbicara di sini. Bukan tiada masa untuknya tetapi masa dipunyai oleh sesuatu yang lebih penting . Inilah lumrah kehidupan.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran"
(Surah al-As)

Begitu pantas masa berlalu, sedar x sedar hari ini sudah hari kelima kita berpuasa. Banyak persoalan pada diri yang masih belum terjawab. "Berapa banyak amalan yang telah dilakukan pada hari ini?". "Adakah ianya lebih baik dari hari semalam atau sebaliknya? " Tanya diri, bicara dengan hati, timbangkan dengan akal dan nilailah dengan iman...

Wallahualam...

Wednesday, August 22, 2007

Menjolok Sarang Tebuan


"Kadangkala untuk mendapatkan sesuatu, ada sesuatu yang perlu dikorbankan"


-----------------------------------------------
Kadang-kadang hati tertanya, kenapa perlu agungkan milik orang lain dari hak hakiki diri. Bukan itu cara untuk menunjukkan kemajuan dan kepintaran.
Pandai bukan berakal, bodoh bukan dungu

Monday, August 20, 2007

Jari jemari yang menari...

Sudah agak lama tidak menulis sesuatu. Kadang-kadang terasa masa yang ada terlalu sedikit berbanding dengan perkara yang perlu dilakukan. Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perkara yang datang dalam hidup setiap hari. Perkara yang tidak pernah terlintas akan berlaku pun telah berlaku. Semua ini adalah ketentuan Ilahi.

Teringat cerita bertemu dengan kawan sekampung yang hampir 10 tahun tidak berjumpa. Akhirnya kami berjumpa semula di tempat yang x pernah terfikir oleh akal. Melaka. Hubungan yang terputus satu masa dulu akhirnya terjalin kembali. Sejauh mana jalinan itu akan kekal, hanya Dia yang maha mengetahui.

Bila disemak-semak semula isi kandungan blog ini, baru tersedar kebanyakan tulisan adalah berkisar tentang bebrapa perkara sahaja. Perkara yang sememangnya remeh tetapi dikatakan itulah yang penting. Perkara yang boleh diibaratkan seperti serbuk perasa, sikit akan menyedapkan tetapi jika terlebih, ia memudaratkan. Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di dalam blog ini hanya sekadar luahan rasa untuk menyedapkan jiwa. Mungkin sedikit yang membacanya dan tiada yang memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Biarlah perkara sebenar menjadi rahsia simpanan hati.

Bila bersendiri, banyak kisah-kisah lama datang menyapa. Zaman persekolahan, matrikulasi, kampus dan perkara-perkara yang berlaku di antaranya. Kebanyakan yang berlaku lebih hempedu dari madu. "Setitik madu mampu menghilangkan ingatan sepahit hempedu". Hidup tidak selalunya indah, hari pun tidak selalu cerah.

Kepada semua watak yang pernah menjayakan cerita kehidupanku, telah dihalalkan dan dimaafkan segala kesalahan. Semoga bertemu lagi kita dalam keadaan yang lebih baik.

Wallahualam...

Thursday, August 16, 2007

Seketika.....



Semakin jauh mencari, tidak sedar ada sesuatu datang menghampiri...
Bila putus asa menguasai diri, ada sesuatu datang memujuk hati...
Rupa-rupanya yang dicari ada di sisi

Tuesday, August 07, 2007

Masih kah kau ingat......

Alhamdulillah, masih boleh membacanya.....

Sunday, August 05, 2007

Graduation.......



Akhirnya, segulung ijazah yang dicita-citakan dari kecil menjadi hak milik mutlak. Hanya itu yang dapat dibanggakan dari majlis yang penuh gilang gemilang. Majlis yang begitu meriah dirasakan cukup hambar. Entahla, sukar hendak digambarkan keadaan itu.

Kadangkala, perkara yang manis perlu dilupakan supaya pahitnya hilang. Pelik, tetapi itulah hakikat kehidupan manusia. Ada beberapa perkara lagi yang masih belum selesai dan ia perlu diselesaikan secepat mungkin. Entahla masih sempat atau tidak.

"Don't wait until its too late"

Sepanjang 24 tahun hidup, perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah memahami dan difahami. Entahla.....

Semasa berbual dengan sorang rakan semalam, tertarik dengan kata-katanya, "Jadi pemusnah atau dimusnahkan". Kejamnya kehidupan ini dan kadangkala perlunya menongkah arus walaupun ianya mengundang risiko. Walau apa pun, pertimbangan akal sangatlah penting. Wallahualam...

"Berfikir sejenak lebik baik dari beramal seribu tahun"



Wednesday, August 01, 2007

Ukhwah fillah abadan abada




Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Tika sahabat melukai hatimu, tulislah ia di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya tika sahabat membuat kebaikan padamu, maka tulislah ia di atas batu hatimu agar terpahat utuh walau dilanda badai...."bila menjalin ukhuwwah hanya keranaNya pasti ada ujian drNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba2Nya"

Monday, July 16, 2007

Wheel of life


"What you give, u'll get back. Thats called life...."

Remember, to reach the top need a long time but it may stay only for a while before u drop....

wallahualam...

Tuesday, June 26, 2007

An update...

It has been a long time this blog is not update. Since i've some difficulty to access it due to some damn problem. Finally its over for now. So many thing happened in my whole life. Dunno how to express it but it just happen to me.

Sometimes i lost my focus to what i'm doing right now. Confused to choose either yes or no, either right or left, either up or down. Too worried about my life......"

Thursday, June 14, 2007

La Tahzan....

Sebenarnya kisah ini pernah dipaparkan disini tapi tergerak hati ingin dipaparkan sekali lagi buat nasihat diri. Supaya terubat kerisauan hati. Inilah kehidupan..... wallahualam
-----------------------------
Sebatang bambu

Sebatang bambu yang indah tumbuh di
halaman rumah seorang petani. Batang
bambu ini tumbuh tinggi menjulang di
antara batang-batang bambu lainnya.
Suatu hari datanglah sang petani yang
empunya pohon bambu itu. Dia berkata
kepada batang bambu," Wahai bambu,
maukah engkau kupakai untuk menjadi
paip saluran air, yang sangat berguna
untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu
aku mau bila dapat berguna bagi
engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang
akan kau lakukan untuk membuatku
menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama, aku
akan menebangmu untuk memisahkan
engkau dari rumpunmu yang indah itu.
Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu
yang dapat melukai orang yang
memegangmu. Setelah itu aku akan
membelah-belah engkau sesuai dengan
keperluanku. Akhir sekali aku akan
membuang sekat-sekat yang ada di dalam
batangmu, supaya air dapat mengalir
dengan lancar. Apabila itu semua
sudah selesai, engkau akan menjadi
paip yang akan mengalirkan air untuk
mengairi sawahku sehingga padi yang
kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama
terdiam..... , kemudian dia berkata
kepada petani, "Tuan, tentu aku akan
merasa sangat sakit ketika engkau
menebangku. Juga pasti akan sakit
ketika engkau membuang cabang-
cabangku, bahkan lebih sakit lagi
ketika engkau membelah-belah batangku
yang indah ini, dan pasti tak
tertahankan ketika engkau mengorek-
ngorek bahagian dalam tubuhku untuk
membuang sekat-sekat penghalang itu.
Apakah aku akan kuat melalui semua
proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, "
Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui
semua itu, karena aku memilihmu justru
karena engkau yang paling kuat dari
semua batang pada rumpun ini. Jadi
tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu
menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin
sekali berguna bagimu. Ini aku,
tebanglah aku, perbuatlah sesuai
dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan
pekerjaannya, batang bambu indah yang
dulu hanya menjadi penghias halaman
rumah petani, kini telah berubah
menjadi paip saluran air yang mengairi
sawahnya sehingga padi dapat tumbuh
dengan subur dan berbuah banyak.

Pernahkah kita berfikir bahwa dengan
masalah yang datang silih berganti tak
habis-habisnya, mungkin Allah sedang
memproses kita untuk menjadi indah di
hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu
itu, kita sedang ditempa, Allah sedang
membuat kita sempurna untuk di pakai
menjadi penyalur berkat. Dia sedang
membuang kesombongan dan segala sifat
kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi
jangan kuatir, kita pasti kuat karena
Allah tak akan memberikan beban yang
tak mampu kita pikul. Jadi maukah kita
berserah pada kehendak Allah,
membiarkan Dia bebas berkarya di dalam
diri kita untuk menjadikan kita alat
yang berguna bagi-Nya? Seperti batang
bambu itu, mari kita berkata, " Ini
aku wahai Allah, perbuatlah sesuai
dengan yang Kau kehendaki."

Berfikir sejenak...

Kadang kala hati terdetik, ke mana arah tuju hidup aku sebenarnya. Adakah ini jalan terbaik untuk aku? Sinar yang masih jauh, sepanjang jalan masih gelap. Hanya berpandukan hati, bersuluhkan iman kaki ini melangkah. Arahnya masih tidak pasti. Kaki terasa perit, pedih meredah ranau yang penuh berliku. Adakah sakit ini akan terubat? Jalan tidak lagi berliku? Hanya DIA yang tahu....

wallahualam....