Tuesday, July 04, 2006

Today's journey

No other word can depict my feeling right now except TIRED. Long journey for today. Leave my lovely PC for a while, rushing to Pdg Temu (about 30KM from my house). After meeting, quickly run back to my house, waiting waiting waiting. Too exhausted. Oh my god, already forgot my lunch. Thats my life........

Sometimes, i'm too busy doing all thing that can make money n it 'halal'. Selling n repairing PC, design computer graphic( i like that), PHP programmer, system designer n the latest one travel agency. huhuhuhu.

But, how busy i am, i never forget it. 1 pm n 9.30 pm........ thats the thing that always make my heart smile....

-Tiada cara senang untuk senang. Kesusahan akan memberikan kita pengertian sebenar sebuah kesenangan. Tanpa kesusahan, kita tidak akan tahu apa itu kesenangan. Ingatlah kawanku, kesusahan itu adalah lumrah. Jadi janganlah kita mengeluh tentang sesuatu kesusahan tetapi beringatlah untuk sesuatu kesenangan kerana kesenangan mengundang kealpaan.-

Artwork


Ini hasil artwork terbaru yg dapat aku siapkan setelah mengadap PS kebih kurang sejam. Tetibe dapat idea nk buat lepas ngadap coding selame 4 jam non stop. Jam dah dekat kol 4 tapi mate dah x ngantuk. alangkah bestnye jika mase nie cengkerik berbunyi.....

Monday, July 03, 2006

Sedar atau tidak….

Apa yg kita miliki sebenarnya bukan milik kita....
---------------------------
Di kala anda berada di pertengahan jalan, tiba – tiba kedengaran siren ambulans. Memberitahu semua pengguna tentang kecemasan yang berlaku. Begitu juga dengan lampu kecemasan di hospital – hospital mahupun di asrama, sebagai petanda bahawa ketiadaaan bekalan elektrik. Sekiranya loceng kecemasan di pejabat atau sekolah berbunyi, menyedarkan kita akan kebakaran yang berlaku.

Begitulah kehidupan manusia yang sering kali dikejutkan dan disedarkan oleh pelbagai makhluk. Seringkali kita alpa dan lalai, lalu Dia menepuk perlahan bahu kita. Namun, kita tidak sedar dan terus dihanyut dengan mimpi yang indah. Bila dikurniakan nikmat yang melimpah ruah, kita secara beransur – ansur mulai leka. Kita menganggap itu adalah hak mutlak kita seorang. Namun, kita lupa semuanya adalah kepunyaan Nya.

Disebutkan satu kisah di sini sebagai renungan kita bersama. Sepasang suami isteri tinggal di sebuah kampung. Si suami menanam buah – buahan di kebunnya. Dengan izin Nya, dikurniakan rezeki yang lebih. Pokok yang ditanam menghasilkan buah yang melimpah – limpah. Ada antara budak – budak nakal di kampung yang mnegambil peluang untuk mencuri buah – bauhan tersebut. Adakalanya buahan tersebut menjadi hidangan kepada burung – burung yang hinggap di situ. Si isteri mengadu pada suaminya. Namun, si suami hanya tersenyum dan redha dengan apa yang berlaku. Berkat daripada sikapnya, pokok buah – buahannya tidak pernah lekang dari memberikan hasil. Pada fikirannya, sekiranya buahan itu dimakan oleh budak nakal dan burung – burung itu merupakan rezeki mereka. Dari cerita ini, dapat disimpulakan bahawa rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk kita seorang sahaja tetapi juga untuk dikongsi dengan orang lain.

Tapi tidak semua orang yang diuji dengan kesenangan. Kadang – kadang kita diuji dengan kesukaran dan kesusahan. Bila Dia cuba menyedarkan kita secara lembut tidak memberikan kesan, kita ditepuk dengan agak kuat sedikit. Iaitu yang dipanggil sebagai musibah atau bala. Bala yang datang adalah terbahagi kepada dua. Samada ujian atau musibah. Sekiranya ujian, maka hendaklah kita berdoa memohon kepadaNya. Tapi, seandainya bala yang datang adalah musibah, maka hendaklah kita muhasabah kembali diri sendiri dan masyarakat sekitar. Perlulah kita sama – sama untuk mengubah keburukan yang ada masyarakat itu. Ada juga antara kita yang berterusan menolak kebenaran. Akibatnya, menimbulkan jurang yang besar dalam hubungan Khalid dan hamba.

Begitulah realiti yang berlaku pada hari ini. Terdapat banyak bencana yang diturunkan oleh Allah untuk menyedarkan kita dari terus leka dengan sandiwara dan lakonan dunia. Teliti kembali adakah kita seringkali melupakannya dari keghairahan mengejar kekayaan dunia. Apa sekalipun, peluang yang datang hanya sekali. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba Nya. Masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan. Moga kita sama – sama mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Life is not only living......

Sometimes, life is easy as we thought. Banyak perkara yg x disangka selalu berlaku dalam hidup kita. Xkiralah perkara itu besar atau kecil tapi benda2 camnie lah selalu membawa perubahan dalam hidup kite sehari2.

Apa yg kira rancang bukan selalu seperti yg kita nak. Jadi terimalah apa yg ada n apa yg kita dapat. Cubalah menghargai sesuatu sebelum kita kehilangannya....

Dalam masa 3 bulan kebelakangan nie, banyak betul perkara yg x disangka2 berlaku. Benda yg x pernah terlintas pon dalam pikiran. Memula sukar gak nk percaya, selalu tanya pada diri "betulkah apa yg dirasakan sekarang". Tetapi segala yg datang kita perlu terima dengan redha. Bukan semua yg difikirkan baik untuk kita adalah yg terbaik.....

Apa yg ada sekarang, cukup aku hargai... Segala penderitaan aku macam lesap begitu saja. Mungkin inilah yg terbaik............

Saturday, July 01, 2006

Musuh manusia....



Satu lg artikel utk dikongsi bersama
--------------------------------------------------------------
© Musuh Utama manusia adalah dirinya sendiri


© Kegagalan terutama manusia adalah kesombongan

© Kebodohan terutama manusia adalah sifat menipu

© Kesedihan terutama manusia adalah iri hati

© Kesalahan terutama manusia adalah mencampakkan
dirinya dan orang lain

© Sifat manusia yang terkasih adalah rendah hati

© Sifat manusia yang paling diuji adalah semangat
dan keuletannya

© Kehancuran terbesar manusia adalah rasa
keputusasaan

© Harta terutama manusia adalah kesehatan

© Hutang terbesar manusia adalah hutang budi

© Hadiah terutama manusia adalah sifat lapang dada
dan mau memaafkan

© Kekurangan terbesar manusia adalah sifat berkeluh
kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan

© Ketenteraman dan kedamaian terutama manusia adalah
suka berdana dan beramal

"Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu
hal....Memahami orang lain dan menerima keberadaannya
tanpa mempersoalkan "Kekurangannya"

"Sebagaimana diri kita, demikian pula makhluh lain,
sebagaimana makhluk lain, demikian pula diri kita.
Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
tidak seharusnya kita saling berselisih, "Kulihat
saudaraku dengan mikroskop kritik dan kubilang sungguh
jahat saudaraku itu, kulihat lagi ia dengan teleskop
hina dan kubilang alangkah kecilnya ia, kemudian
kupandang ia dengan cermin kebenaran.
The best and the most beautiful things in this world,
cannot be seen..nor touched, but are felt in the
bottom of our heart